Esok bakal bermulanya Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org, dari 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp dan TNB Electron, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di satu lokasi.
Selain pameran EV, pengunjung juga boleh menikmati tawaran eksklusif untuk pakej filem pelindung penapis haba — beli mana-mana produk Trapo Tint dan terima Trapo QuikShield Car Coating bernilai RM1,299 secara percuma! Trapo akan mempamerkan keseluruhan Exosystem — penyelesaian bagi luaran dan dalaman kenderaan — untuk memperkayakan lagi pengalaman pemilikan kenderaan.
Trapo juga akan menawarkan pakej eksklusif untuk EV bagi perkhidmatan detailing. Trapo Hub di Bangsar terletak di Jalan Maarof, menyediakan perkhidmatannya untuk kawasan Lembah Klang, sementara Taman Daya Hub pula terletak di Jalan Sagu 21 di Johor Bahru untuk bahagian Selatan, dengan menawarkan khidmat auto detailing yang terperinci.
Selain itu, ada banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta juga akan ikut serta.
Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain.
EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Masuk percuma.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.