Huawei Aito M9 di GIIAS 2024 – BEV yang bakal dijual dengan lencana Seres di Indonesia tahun hadapan

Huawei Aito M9 di GIIAS 2024 – BEV yang bakal dijual dengan lencana Seres di Indonesia tahun hadapan

Seperti yang dijangka, jenama dari China memang akan ‘membanjiri’ Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) tahun ini, salah satunya ialah Seres, yang menampilkan salah satu modelnya, Aito M9.

SUV mewah besar ini masih belum dijual di negara berkenaan, tetapi telah dibawa sebagai model konsep untuk memberikan gambaran awal kepada pengguna di sana. Walau bagaimana pun, Sokonindo Automobile, kerjasama antara Sokon Group dan Kaisar Motorindo Industri, beberapa bulan lalu telah merancang untuk memperkenalkan M9 bersama M7 di sana pada tahun hadapan.

Apabila tiba, ia tidak akan dipasarkan sebagai Aito (jenama kerjasaman antara Huawei dan Seres), sebaliknya akan dikenali sebagai Seres M9. Jangan keliru kerana Huawei Aito M9 dan Seres M9 adalah kereta yang sama.

Untuk pasaran domestik, M9 ditawarkan sebagai EV sepenuhnya atau pun range-extender EV (REEV), dengan dua varian bagi setiap satunya. Model contoh yang dipamerkan di GIIAS ini adalah versi range-extender, dan difahamkan BEV juga akan dijual di sana.

REEV (atau EREV, extended range electric vehicle, seperti yang digelar syarikat ini) menampilkan enjin 1.5 liter empat-silinder petrol yang bertindak sebagai generator bagi bateri lithium sama ada berkapasiti 42 kWh atau 52 kWh. Bateri berkenaan akan menjana dua motor elektrik iaitu unit 224 PS (221 hp atau 165 kW) dan 315 Nm di hadapan dan 272 PS (268 hp atau 200 kW) dan 360 Nm di belakang.

Angka prestasi bagi model ini termasuk pecutan 0-100 km/j dalam 4.9 saat dan kelajuan tertinggi cecah 200 km/j, dan untuk keupayaan operasinya pula, didakwa REEV ini mampu menawarkan sehingga 1,210 km (bateri 42 kWh) atau 1,239 km (bateri 52 kWh) bagi pengecasan tunggal mengikut kitaran WLTC. Namun tanpa bergantung dengan lanjutan jarak, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya mencecah 190 km (bateri 42 kWh) atau 233 kn (bateri 52 kWh) juga ikut kitaran WLTC.

Bagi pengecasannya, ia mengambil masa sekitar lima jam (7 kW) atau tiga jam (11 kW) untuk bateri dengan jarak lanjutan, bagi mencapai status pengecasan 20-90% menerusi pengecas AC. Manakala jika menggunakan pengecas pantas DC, hanya mengambil masa sekitar 30 minit untuk tahap pengecasan 20-80%, tetapi angka kapasiti pengecas tidak diberikan.

Manakala bagi BEV, ia menampilkan dwi-motor, larasan pacuan semua-roda, namun kuasa dari motor elektrik adalah berbeza. Unit motor di hadapan dengan kuasa 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan 277 Nm, manakala unti di belakang memberikan 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 396 Nm. Kelajuan tertinggi sama dengan versi lanjutan jarak, tetapi masa pecutan lebih rendah iaitu pada 4.3 saat.

Bateri ternary lithium 100 kWh mampu memberikan jarak hingga 630 km dengan pengecasan tunggal mengikut kitaran CLTC. Ia mengambil masa sekitar 11.7 jam (7 kW) dan 7.5 jam (11 kW) untuk mendapatkan status pengecasan 20-90% dengan pengecas AC. Manakala dengan pengecas pantas, untuk mencapai tahap pengecasan 30-80% hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Tiada perincian teknikal lain yang diberikan, namun antara ciri kelengkapan yang ditampilkan termasuklah bumbung kaca panoramik, pintu bukaan-lembut, kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh infotainmen sentral 15.6-inci dan skrin sesentuh 16-inci untuk penumpang hadapan. Selain itu, skrin 32-inci dan actual laser projector diberikan untuk tempat duduk penumpang belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required