Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.
Pada Sabtu, 20 Julai 2024, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof juga akan turun menyempurnakan acara. Beliau yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) akan melancarkan booth JuiceUp pada jam 3 petang.
EVx 2024 yang merupakan pameran berkaitan teknologi EV terbesar di Malaysia kini kembali bagi penganjuran kali ketiga dan bakal menjadi lebih besar dan menyeluruh setakat ini. Acara ini juga melibatkan penaja bersama dari Carro, Gentari, RHB, JuiceUp dan TNB Electron.
Selain itu, ada banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta.
Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain.
EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Masuk percuma.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.