CFMoto 675SR-R ditunjuk awal – model sports dengan enjin tiga silinder, kelengkapan prestasi, kuasa 94 hp?

CFMoto 675SR-R ditunjuk awal – model sports dengan enjin tiga silinder, kelengkapan prestasi, kuasa 94 hp?

CFMoto nampaknya tidak lama lagi akan mengeluarkan sebuah model baru dan teaser untuknya yang terdiri daripada gambar dan video mula disiarkan dalam media sosial. Bukan setakat itu, dalam satu acara di China juga, motosikal tersebut telah membuat kemunculan pertama.

Dipanggil sebagai 675SR-R, model baru ini mengingatkan ramai kepada Triumph Daytona 675 kerana ia juga menggunakan tetapan enjin tiga silinder dan bentuk sports. Perincian berkenaannya masih belum didedah, tetapi ada maklumat yang mengatakan, enjin tiga silinder pertama daripada CFMoto ini mampu menghasilkan sehingga 94 hp.

Daripada aspek rekaan, sementara Daytona mempunyai bentuk yang lebih ringkas dan bersih, 675SR-R ini pula menggunakan rekaan moden yang lebih rumit, bersama pelbagai panel aerodinamik. Sehinggakan kalau diperhati gambar di atas, anda boleh lihat pada cakera brek hadapan terdapat panel penutup yang mungkin bertindak sebagai penyejuk.

Ternyata CFMoto mensasarkan aspek prestasi melalui model baru ini, dengan antara ayat yang digunakan adalam teaser adalah #RacingTriple, dan kelengkapan lain yang boleh kita lihat padanya adalah termasuk quickshifter, lampu LED, fork boleh laras serta panel meter TFT dengan fungsi laptimer.

Bila sebenarnya motosikal ini akan dilancarkan masih tidak diketahui dan kita perlu menunggu maklumat seterusnya daripada CFMoto kerana setakat ini yang dinyatakan, “teruskan bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan model perdana keluarga SR ini.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required