Lotus Emeya – tempahan di Malaysia kini dibuka; harga bermula RM575,000, pratonton bermula 30 Julai

Lotus Emeya – tempahan di Malaysia kini dibuka; harga bermula RM575,000, pratonton bermula 30 Julai

Lotus Cars Malaysia hari ini secara rasmi telah membuka tempahan untuk hyper GT terbaharunya yang dijana kuasa elektrik penuh, Lotus Emeya. Model yang didedahkan buat pertama kali pada September tahun lalu ini akan ditawarkan dalam tiga varian di sini iaitu Emeya, Emeya S dan Emeya R, dijual pada harga bermula RM575,000.

Ini bermakna Emeya bakal memberikan saingan sengit kepada Porsche Taycan facelift yang turut baru dibuka tempahan bulan lalu, juga dijual pada harga bermula RM575k. Hyper GT ini juga menampilkan harga lebih rendah berbanding hyper SUV Lotus Eletre, di mana model asasnya kini ditawarkan kembali di Malaysia dengan harga diumumkan bermula RM598,800 pada hujung minggu lalu.

Bagi model asas Emeya, ia menerima tetapan dua motor elektrik yang masing-masing diletakkan pada gandar hadapan dan belakang bagi memberikan kebolehan pacuan semua roda, serta kuasa keseluruhan 612 PS dan tork maksima 710 Nm. Konfigurasi yang sama dikongsi bersama Emeya S, dan ia juga sebenarnya sama seperti unit rangkaan kuasa pada Eletre dan Eletre S.

Untuk Emeya dan Emeya S, gandingan ini cukup membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.15 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Manakala untuk Emeya R, kuasa yang dihasilkan dari kedua-dua motor adalah 918 PS dan tork maksima 985 Nm, membolehkan pecutan sama dicapai dalam masa hanya 2.78 saat dan kelajuan maksima pula adalah 256 km/j.

Lotus Emeya – tempahan di Malaysia kini dibuka; harga bermula RM575,000, pratonton bermula 30 Julai

Kesemua varian menerima bateri 102 kWh, yang membolehkan Emeya dan Emeya S bergerak sejauh 610 km mengikut kitaran WLTP dengan satu cas penuh, manakala Emeya R yang lebih berkuasa pula hanya boleh bergerak sejauh 485 km. Unit rangkaian kuasa ini berfungsi menerusi asas seni bina elektrikal 800-volt. Ini membolehkan pengecas pantas DC 350 kW, memenuhkan bateri dari 10-80% dalam masa 18 minit, sementara jika menggunakan pengecas AC 22 kW pula cas dari 0% boleh dipenuhkan dalam masa 5.8 jam.

Sebelum ia dilancarkan secara rasmi, Lotus Emeya ini akan dibawa ke pratonton eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur bermula 30 Julai hingga 4 Ogos. Lotus Cars Malaysia menyatakan bakal pelanggan boleh menempah sesi pratonton persendirian mereka dengan mendaftar minat di: https://events.lotuscarsmalaysia.com/form.

Sesi pratonton ini akan berlangsung setiap hari pada tarikh yang dinyatakan bermula 10 pagi hingga 10 malam, dan pelanggan yang mahu menempah perlu membuat bayaran sebanyak RM5,000.

GALERI: Lotus Emeya R di BIMS 2024

Lotus Emeya 2024 didedahkan di Amerika Syarikat

GALERI: Gambar rasmi Lotus Emeya 2024

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required