Kenderaan sebabkan pencemaran bunyi dan udara di Malaysia kini boleh didenda sehingga RM500,000

Kenderaan sebabkan pencemaran bunyi dan udara di Malaysia kini boleh didenda sehingga RM500,000

Jika anda mempunyai kenderaan yang menghasilkan asap atau bunyi yang berlebihan, anda perlu ambil perhatian kerana hukuman yang dikenakan sekiranya didapati bersalah kini adalah lebih tinggi dari sebelum ini. Ini kerana kadar kompaun Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (Akta 127) yang lebih tinggi telah diwartakan pada 6 Jun lalu kini sudahpun mula dikuatkuasakan bermula 7 Julai, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam laporan berkenaan, sebelum pindaan ini dibuat mana-mana pengguna kenderaan yang menyebabkan pencemaran bunyi dan udara hanya akan di kompaun sebanyak RM300 hingga RM2,000. Namun setelah undang-undang baharu ini dikuatkuasa kadar kompaun yang akan dikenakan adalah lebih tinggi daripada itu.

Beliau menyatakan bahawa Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (Akta 127) tidak hanya memburu punca pencemaran membabitkan pengilang atau industri, malah pengguna kenderaan yang menyebabkan pencemaran bunyi dan udara turut disasarkan dengan kadar denda baharu.

Menurutnya sebelum ini pengguna motosikal hanya dikenakan kompuan RM300 bagi kesalahan mengeluarkan bunyi bising, manakala lori atau bas yang melepaskan asap hitam dikenakan kompaun RM2,000, namun menerusi akta yang telah dipinda ini pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Kenderaan sebabkan pencemaran bunyi dan udara di Malaysia kini boleh didenda sehingga RM500,000

“Mengikut akta itu, antara punca pencemaran di bawah bidang kuasa JAS adalah kenderaan bermotor dan untuk itu, kita ada melakukan pemeriksaan melalui operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita ada peralatan bagi mengukur jumlah asap hitam dilepaskan dan bunyi bising… jika bacaannya melepasi standard, pengguna kenderaan khususnya motosikal, lori dan bas ini boleh dikenakan kompaun,” katanya.

Wan Abdul Latiff turut memberitahu menerusi 23,227 pemeriksaan sepanjang enam bulan pertama tahun ini sebanyak 736 kompaun dikeluarkan dengan 312 kepada kenderaan yang menyebabkan pelepasan asap hitam melalui diesel dan bakinya motosikal yang menyebabkan bunyi bising. Manakala pada tahun lalu pula sebanyak 36,077 pemeriksaan dilakukan dengan 1,415 kompaun dikeluarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required