Lee Zii Jia memperoleh pingat gangsa dalam Olimpik Paris 2024 – bakal miliki SUV Chery Tiggo 7 Pro

Lee Zii Jia memperoleh pingat gangsa dalam Olimpik Paris 2024 – bakal miliki SUV Chery Tiggo 7 Pro

Satu lagi kebangkitan dari atlet negara setelah pemain badminton kita, Lee Zii Jia, berjaya memperoleh pingat gangsa selepas menewaskan Sen Lakshya dari India dalam pertarungan tiga set 13-21, 21-16, 21-11 semalam.

Walau pun tumpas dalam set pertama, namun ternyata semangat kental Zii Jia makin membara, dengan ‘mengikat’ Sen daripada terus mara. Ternyata kemenangan yang diperoleh itu, secara peribadi buatnya, menepis segala tohmahan dan kecaman ramai beberapa tahun kebelakangan ini. Menerusi temubual bersama Astro Arena selepas tamat perlawanan, Zii Jia berkata, “Setiap pagi saya bangun tidur, saya baca berita pasal saya, saya tertanya-tanya, apa dosa saya?”

Selain terubat kelukaan dengan pingat gangsa ini, Zii Jia juga bakal menerima hadiah RM100,000 seperti yang dijanjikan oleh Majlis Sukan Negara bagi atlet Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat gangsa sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Bukan itu sahaja, seperti Aaron Chia dan Soh, Zii Jia juga bakal menerima Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800.

Leo Chen selaku Presiden Chery Auto Malaysia berkata, “Kami tahu mereka telah bekerja keras dan berlatih berjam-jam lamanya untuk menghadapi cabaran ini. Kami letakkan harapan yang tinggi bahawa Malaysia mampu meraih pingat emas yang telah lama diidamkan.” Beliau berkata demikian dalam majlis pengumuman di atas sokongan Chery Malaysia untuk para atlet kita pada Jun lalu.

Atas sokongan itu, Chery Malaysia akan menyumbang SUV tujuh-tempat duduk Tiggo 8 Pro buat pemenang pingat emas, selain model EV Omoda E5 untuk pemenang pingat perak dan Tiggo 7 Pro untuk pemenang pingat gangsa.

GALERI: Chery Tiggo 7 Pro

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required