Chery Omoda 5 2024 dapat penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP – catat keseluruhan markah 88.64

Chery Omoda 5 2024 dapat penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP – catat keseluruhan markah 88.64

Chery Omoda 5 2024 telah pun dianugerahkan penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara) menerusi protokol penilaian 2021-2025, dengan mencatatkan keseluruhan markah sebanyak 88.64.

Varian yang diuji ialah Omoda 5 H, yang dipasarkan di Brunei, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Menurut ASEAN NCAP, Omoda 5 berprestasi ‘sangat baik’, mencapai penarafan maksimum lima bintang dalam semua kategori penilaian.

Kelengkapan keselamatan pasif bagi Omoda 5 2024 termasuklah enam beg udara secara standard untuk semua varian, di samping ABS, kawalan kestabilan elektronik, pengingatan tali pinggang keledar dan pengesan penumpang tempat duduk belakang.

Turut diberikan untuk Omoda 5 2024 ialah brek kecemasan autonomous, pengesan titik buta, lampu tinggi automatik dan teknologi perlindungan pejalan kaki. Ciri kelengkapan standard yang turut ditawarkan untuk Omoda 5 2024 ialah amaran ketibaan lorong, amaran pelanggaran hadapan dan bantuan kekal lorong.

Untuk kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), Omoda 5 2024 menerima 29.42 daripada 32.00 mata, sementara kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), ia mendapat sejumlah 44.26 daripada 51.00 mata. Omoda 5 ini juga meraih 20.49 daripada 21.00 mata bagi kategori bantuan keselamatan dan kategori keselamatan motosikal dengan 12.00 daripada 16.00 mata.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required