Sebanyak 967 saman dikeluarkan, 29 kereta disita dalam operasi bersepadu malam minggu di KL – polis

Sebanyak 967 saman dikeluarkan, 29 kereta disita dalam operasi bersepadu malam minggu di KL – polis

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Operasi Bersepadu (Op Bersepadu) di Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak serta dan Bangsar, KL semalam. Operasi berkenaan dilaksanakan dari jam 11 malam hingga 5 pagi Ahad.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, dalam operasi tersebut, sebanyak 2,397 kenderaan diperiksa dengan 967 saman dikeluarkan oleh JSPT, JPJ serta JAS atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu serta ubah suai kenderaan, laporan Berita Harian.

“Kami turut menyita 29 kereta kerana ubah suai struktur asal kenderaan selain menahan lapan individu berusia antara 18 hingga 28 tahun didapati positif dadah dan 13 individu berusia antara 18 hingga 50 tahun yang mabuk,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan di Jalan Tun Razak.

Azry berkata, objektif utama tiga operasi iaitu Op Bersepadu, Op Tutup serta Op Mabuk dijalankan adalah untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan bagi memastikan pengguna jalan raya terutama penunggang mematuhi undang-udang.

“Operasi ini kerap dijalankan iaitu setiap minggu di sekitar pusat bandar selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung kacau ganggu dengan bunyi bising (ekzos) serta aksi membahayakan pengguna jalan raya lain (samseng jalanan). Dalam operasi ini, pihak JAS ada membuat pemeriksaan bunyi ekzos dan mendapati banyak motosikal yang diubah suai melebihi tahap desibel bunyi ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dengan tidak membuat sebarang ubah suai pada kenderaan serta tidak terbabit dengan kegiatan samseng jalanan.

“Orang ramai diminta sentiasa patuh terhadap arahan pihak berkuasa termasuk memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan ketika melalui sekatan jalan raya. Diingatkan mana-mana penunggang yang melakukan aksi seperti zig zag, Superman serta lain-lain boleh ditahan dan dituduh mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required