Polis pengiring tumbuk pemandu e-hailing OKU pada Mei lalu telah dikenakan tindakan tatatertib — KPN

Polis pengiring tumbuk pemandu e-hailing OKU pada Mei lalu telah dikenakan tindakan tatatertib — KPN

Selepas kira-kira dua bulan kejadian seorang pemandu e-hailing Orang Kelainan Upaya (OKU) ditumbuk oleh seorang polis pengiring di St. Regis pada 28 Mei lalu, anggota terbabit kini telah dikenakan tindakan tetatertib, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata: “Tindakan terhadap anggota yang melakukan kesalahan ini sudah dilaksanakan pada peringkat awal lagi sebaik pihak Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selesai menjalankan siasatan dalaman, awal Jun lalu. Selain itu, siasatan terhadapnya juga turut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.”

Menurut laporan berita video Malaysiakini pula, pemandu OKU terbabit, Ong Ing Keong, 48 bersama peguam, N Surendran mengadakan sidang media semalam — antara lain persoalkan mempersoalkan tindakan oleh pihak polis dan pejabat Peguam Negara dalam kes berkaitan polis pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.

Mangsa juga buat pertama kali mendedahkan video salah laku tersebut kepada umum selepas kecewa kerana selepas dua bulan, pelaku berkenaan menurut mereka belum didakwa di mahkamah. Dalam video berkenaan, jelas kelihatan pemandu OKU tersebut ditumbuk curi ketika ada individu lain yang sedang mengarahkan agar dia mengalihkan kenderaannya ketika kejadian.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara juga tidak memperincikan apa tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas anggota polis terbabit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required