McLaren Artura Spider tiba di Malaysia – Retractable Hard Top, 700 PS/720 Nm, harga dari RM3.4 juta

McLaren Artura Spider tiba di Malaysia – Retractable Hard Top, 700 PS/720 Nm,  harga dari RM3.4 juta

Selepas melancarkan supercar Artura di Malaysia pada Mei 2022, kini tiba masanya Artura Spider diperkenalkan di negara kita. Merupakan model Hybrid convertible prestasi tinggi pertama dari McLaren, Artura Spider diberikan kuasa yang lebih padu dengan penambahbaikan casis dan peningkatan aerodinamik.

Untuk pasaran Malaysia, Artura Spider ditawarkan pada harga bermula RM3,400,000 (termasuk cukai duti), ia juga didakwa sebagai supercar yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat 1,457 kg, memberikannya banyak kelebihan berbanding pesaingnya Maserati MC20 Cielo dan Ferrari 296 GTS.

Ia masih mengekalkan enjin petrol 3.0 liter turbo-berkembar V6, tetapi dengan pelarasan semula unit ECU. Penjana kuasa ini juga dipadankan dengan E-Motor yang lebih padu, dengan keseluruhan output cecah 700 PS (690 hp) pada 7,500 rpm and 720 Nm, mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 3.0 saat, 0-200 km/j dalam 8.4 saat dan 0-300 km/j dalam 21.6 saat serta kelajuan maksimum mencecah 330 km/j.

Ia turut dipadankan dengan kotak gear lapan-kelajuan dengan Electronic Differential (E-Diff), menjadikan penukaran gear yang lebih pantas sehingga 25%. Kotak gear ini turut menampilkan klac ‘K0’ yang memutuskan sambungan enjin daripada transmisi apabila berada dalam mod elektrik. Selain itu, ia turut diberikan mod Electric, Comfort, Sport dan Track.

McLaren Artura Spider tiba di Malaysia – Retractable Hard Top, 700 PS/720 Nm,  harga dari RM3.4 juta

Selain itu, E-Motor yang diberikan dikuasai oleh pek bateri merangkumi lima modul lithium-ion, menawarkan kapasiti tenaga bolehguna cecah 7.4 kWh dan memberikan jarak gerak EV cecah 33 km. Bateri ini juga juga diberikan rel penyejukan, dan turut berfungsi menghantar kuasa dari belakang kenderaan ke bahagian hadapan, yang dipasang pada lantai struktur gentian karbon. Pemasangan sebegini dilakukan bagi menawarkan ketegaran yang lebih optimum, pengedaran berat yang sekata dan juga bertindak sebagai perlindungan pelanggaran. Untuk pengecasan dengan sambungan Type 2, ia memerlukan 2.5 jam untuk bateri mencapai tahap 80% dari sifar.

Dengan berat pek bateri 88 kg dan E-Motor cecah 15.4 kg, dua komponen ini hanya menambah sekitar 130 kg daripada keseluruhan berat, sekaligus masih memberikan pencapaian buat Artura Spider ini sebagai supercar paling ringan dalam kelasnya.

Ciri pemanduan lain yang memantapkan lagi pemanduannya pastinya dengan kehadiran sistem Launch Control yang mampu memberikan prestasi terbaik di litar, selain ciri ‘Spinning Wheel Pull-Away’ baharu. Ia diaktifkan oleh Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan menekan butang ESC, membolehkan pemandunya ‘spin’ roda apabila daya pendikit diberi tekanan dari titik pegun dengan bebanan throttle yang besar.

Seperti mana Artura versi biasa, Spider juga menggunakan platform Carbon Lightweight Architecture (MCLA) serba baru McLaren. Dioptimumkan untuk janaan kuasa prestasi tinggi, MCLA ini diperbuat daripada struktur monocoq karbon, casis baharu dengan sub-kerangka aluminium dan senibina elektrikal ethernet berdasarkan domain.

McLaren Artura Spider tiba di Malaysia – Retractable Hard Top, 700 PS/720 Nm,  harga dari RM3.4 juta

Ia juga diberikan suspensi Proactive Damping Control dengan penambahbaikan sehingga 90%, dengan gandingan dual aluminium wishbones untuk hadapan dan upper wishbone and lower multi-link di belakang, sekaligus menambah baik tindakbalas kepada input pemanduan dan perubahan mengikut keadaan permukaan jalan.

Sistem brek pula terdiri daripada monoblok enam-piston di depan dan kaliper aluminum empat-piston di belakang, digandingkan dengan cakera karbon seramik 390 mm di hadapan dan 380 mm di belakang. Ia juga tampil dengan brake cooling ducts baharu untuk menambahbaik pengurusan termal.

Artura Spider ini juga direka dan dibangunkan dengan memfokuskan keseronokan pemanduan, prestasi yang padu, ketegaran, penjimatan dan kualiti yang tinggi. Daya tarikannya sudah pasti dengan kehadiran bumbung Retractable Hard Top yang beroperasi secara elektrikal dan senyap, hanya dalam 11 saat, dengan kelakuan 50 km/j, untuk membuka dan menutupnya.

Bumbung Retractable Hard Top ini diperbuat daripada gentian karbon dan panel komposit, yang juga boleh dikonfigurasikan dengan panel kaca Electrochromic, sama ada boleh mencerahkan bahagian kabin atau menggelapkannya lagi lebih 99% dari sinaran mentari, dengan hanya menekan butang. McLaren turut mengadaptasikan teknologi Suspended Particle (SPD) termaju untuk ciri berkenaan, bagi mengurangkan haba memasuki ruang kabin apabila dalam mod gelap, dengan lebih 96% kuasa solar dihalang, sekaligus membantu mengekalkan suhu udara sesejuk yang mungkin.

Imej Spider lebih kurang sama dengan Artura, kecuali pada bahagia bumbungnya. Ia masih kekal dengan ciri signitur muncung hammerhead, disambung pada fender hadapan dan pengambilan udara. Ia turut diberikan roda bersaiz 19-inci yang dibaluti tayar Pirelli P-ZERO Corsa dengan teknologi Pirelli CyberTyre® profil 235/35/ZR19 di hadapan dan 295/35/ZR20 di belakang.

Tema kabin Artura Spider boleh dipilih sama ada dalam kemasan prestasi atau pun mewah, mengikut permintaan pemiliknya. Roda sterengnya juga bebas daripada butang dan kawalan, manakala sistem infotainmen skrin sesentuh HD yang boleh dikonfigurasi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), smartphone mirroring yang menyokong fungsi Apple CarPlay® secara standard, pengecasan tanpa wayar, dan sistem McLaren Audio dengan lima-pembesar suara secara standard (pemilik juga boleh memilih sistem bunyi sekeliling Bowers & Wilkins dengan 12-pembesar suara).

Manakala tempat duduk inovatif McLaren Clubsport diberikan secara standard yang sesuai untuk kegunaan harian pemanduan di jalanan mahu pun di litar. Sokongan belakang boleh laras juga boleh dispesifik dengan ciri tambahan dan ia juga diberikan larasan elektrikal, dan fungsi pemanas dan memori untuk tempat duduk.

Ciri keselamatan yang diberikan termasuklah Amaran ketibaan Lorong, Pengesan Isyarat Jalan, Kawalan kelajuan Adaptif Pintar dengan Switchable Follow Mode, Bantuan lampu Tinggi, Pemantauan Titik Buta dan Pengesan Trafik Lintasan Belakang.

Artura Spider diberikan warna luaran baharu Stealth dengan lima warna sedia ada. Sekali lagi, dengan harga bermula RM3,400,000, Artura Spider baharu ini juga diberikan waranti lima-tahun/perbatuan tanpa had, waranti bateri enam-tahun/75,000 km dan juga waranri 10-tahun bagi badan kenderaan. Pelan penyelenggaraan tiga-tahun turut diberikan serta pakej bantuan tepi jalan selama lima-tahun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required