Sime Darby Motors jual lebih 10,000 unit BYD di Malaysia — 30 bilik pameran menjelang hujung 2024

Sime Darby Motors jual lebih 10,000 unit BYD di Malaysia — 30 bilik pameran menjelang hujung 2024

Sime Darby Motors mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjual lebih daripada 10,000 kenderaan di BYD di Malaysia setakat ini. Pencapaian ini diraih selepas dua tahun syarikat itu bertindak selaku pengedar rasmi BYD di Malaysua sejak September 2022.

“Komitmen kami untuk memberikan pengalaman dan servis terbaik melalui kerjasama strategik dengan BYD telah membuahkan hasil,” jelas Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan.

“Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan sokongan pelanggan kami yang meyakini masa depan mobiliti bersama BYD. Ia sebuah perjalanan yang menakjubkan dengan Sime Darby Motors dan kami ingin memberi yang lebih baik kepada pengalaman pelanggan di Malaysia,” jelas Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao.

Bagi meraikan pencapaian ini, syarikat telah menganjurkan sebuah konvoi bagi pemilik BYD ke Melaka, yang dipilih untuk sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomasi Malaysia-China yang telah berlangsung sejak kurun ke-15 lagi.

Sime Darby Motors juga mensasarkan untuk mencapai jualan 10,000 kenderaan berikutnya dalam tempoh yang lebih pendek, dan akan memperluas rangkaian untuk mencapai 30 bilik pameran menjelang hujung tahun ini. Ketika ini BYD sudah mempunyai 26 bilik pameran, termasuk 16 daripadanya ialah pusat 3S dan 10 lagi 1S, dan dikendalikan oleh 19 rakan pengedar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required