Belanjawan 2025 akan dibentang 4 pm ini oleh PM

Belanjawan 2025 akan dibentang 4 pm ini oleh PM

Pembentangan Belanjawan 2025 akan berlangsung petang ini, 4 pm dan akan disampaikan oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami akan mengikuti pembentangan tersebut dan membawakan perkara-perkara berkaitan automotif dan sektor pengangkutan kepada anda.

Antara topik yang mungkin akan disentuh ialah penyelarasan semual subsidi petrol RON 95, walaupun masih belum diketahui pelaksanaan adakah sama seperti diesel sebelum ini yang bermula sejak 10 Jun lalu. Sebelum ini, PM menyuarakan belum ada rancangan untuk melaksanakan itu ke atas RON 95, dan petunjuk semasa ekonomi dengan pengukuhan ringgit juga mungkin akan menyebabkan hal tersebut ditangguh terlebih dahulu.

Pernah juga ada juga penganalisa yang membayangkan akan ada pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan ada kemungkinan itu berlaku bagi memperluaskan hasil cukai negara. Namun PM menegaskan tidak ada juga perancangan untuk pelaksanaan semula cukai tersebut.

Ada juga kemungkinan pengumuman berkaitan Cukai Barangan Mewah (HVGT), walaupun masih belum diketahui perinciannya secara tepat. Sebelum ini, cukai berkenaan sepatutnya mula dilaksanakan Mei lalu dengan had RM200,000 untuk kereta dengan kadar antara 5%-10%, namun itu ditangguhkan.

Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan berikutnya berkaitan Belanjawan 2025 petang ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required