Harman Kardon perkenal komponen audio kenderaan Flow — speaker, subwoofer, tweeter dari RM580

Harman Kardon perkenal komponen audio kenderaan Flow — speaker, subwoofer, tweeter dari RM580

Harman Kardon Malaysia kini memperkenalkan barisan komponen sistem audio kenderaan “direct fit” untuk model terpilih BMW,Mini dan Toyota yang terdiri daripada Flow 600CF, Flow 601CFS, Flow 300S, Flow 75T, Flow 80 dan Feel 700 untuk pasaran tempatan.

Flow 600CF dan Flow 601CFS (masing-masing RM4,280 dan RM3,480) merupakan pembesar suara 165 mm dengan kon Aluminium Deep Ceramic Composite (D.C.C.), yang dipertingkatkan dengan teknologi Plus One memberikan pengalaman bunyi semula jadi dan terperinci. Rangkaian low-profile outboard crossover membolehkan sistem komponen dua-hala 6.5-inci ini beroperasi sebagai sistem tiga hala dengan tambahan Harman Kardon Flow 3-inci Midrange Woofer.

Harman Kardon perkenal komponen audio kenderaan Flow — speaker, subwoofer, tweeter dari RM580

Flow 300S (RM2,180)pula merupakan sebuah midrange woofer 89 mm yang mudah dipasang. Unit ini memberikan sambungan frekuensi rendah ke 200Hz sambil mengekalkan kepekaan melebihi 91dB untuk memastikan output bunyi yang terbaik. Reka bentuknya yang padat yang ditetapkan untuk midrange 6.5-inci dan 3-inci sesuai untuk dimuatkan dalam hampir mana-mana kenderaan

Flow 75T (RM580) merupakan sebuah tweeter yang dibezakan dengan penyebaran bunyi yang luas dan kejelasan frekuensi tinggi yang jelas untuk mendedahkan tekstur suara dan instrumen yang halus. Unit ini menampilkan kon Aluminium Deep Ceramic Composite (D.C.C.) dengan redaman lapisan terhad. Dengan tindak balas frekuensi resolusi tinggi 2kHz hingga 40kHz dan pengendalian kuasa hingga 360W, Flow 75T memastikan penghasilan semula bunyi yang tepat. Rekaan ini juga dilengkapi dengan silk dome edge-driven berukuran 0.75-inci serta gegelung suara aluminium bersalut tembaga ringan.

Flow 80 (RM1,480) merupakan sebuah subwoofer 200 mm atau 8-inci hadir dengan struktur pembesar suara yang padat dan unik, manakala gril logam magnet hadapan yang menampilkan tanda ikonik Harman Kardon, berfungsi untuk menghalang kotoran. Reka bentuk lengkung di sekeliling subwoofer memastikan pengudaraan optimum untuk memastikan prestasi yang optimum dengan mencipta peningkatan audio yang lengkap.

Feel 700 (RM2,280) adalah sebuah subwoofer aktif dengan bunyi bass yang besar yang didatangkan dalam pakej yang relatif kecil. Ia antara lain dilengkapi teknologi Kelas D termaju dengan kecekapan luar biasa dan prestasi berkuasa dengan amplifier RMS 125W untuk resonan bass yang meningkatkan pengalaman mendengar dalam setup audio premium.

Barisan komponen audio kenderaan Harman Kardon terbaru ini memanfaatkan teknologi PurePath yang membolehkan pembesar suara menyampaikan bunyi yang jernih dan jelas, sementara teknologi Clari-Fi mengembalikan butiran audio yang hilang semasa pemampatan digital bagi fail audio yang dimainkan.

Harman Kardon Flow 600CF

Harman Kardon Flow 300s

Harman Kardon Flow 80

Harman Kardon Feel 700

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required