JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa MADANI dibuka hingga 23 Okt – bidaan minima bermula RM100

JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa MADANI dibuka hingga 23 Okt – bidaan minima bermula RM100

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang boleh dibida menerusi platfrom dalam talian, JPJ eBid. Bidaan MADANI dibuka sejak 19 Oktober lalu dan bakal berakhir jam 10 malam pada 23 Oktober 2024.

Menurut JPJ, penawaran siri khas ini adalah bagi menyemarakkan lagi semangat dan penghayatan Malaysia Madani melalui nombor pendaftaran kenderaan masing-masing. Pelancaran siri MADANI ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Bagi yang berminat dengan siri MADANI ini, bidaan dibuka dengan harga minimum bermula RM100. Di mana ia dibuka menerusi beberapa kategori tertentu iaitu Nombor Utama dengan bidaan bermula RM20,000. Diikuti dengan Nombor Premium yang bermula RM5,000, Nombor Menarik (RM2,500), Nombor Popular (RM500) dan Nombor Semasa (RM100).

JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa MADANI dibuka hingga 23 Okt – bidaan minima bermula RM100

“Keputusan NPI Siri MADANI ini akan dikeluarkan pada 24 Oktober 2024, dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

“Hasil penjualan NPI ini juga merupakan salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah kementerian Pengangkutan (MOT) seperti Program MyLesen, Program Pertukaran topi Keledar, FlySISWA, pembayaran Perkeso kepada pemandu teksi dan juga inisiatif lain,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required