CFMoto 500SR Voom tiba di Malaysia – harga RM36k, guna enjin empat silinder 499 cc 78 hp, quickhsifter

CFMoto 500SR Voom tiba di Malaysia – harga RM36k, guna enjin empat silinder 499 cc 78 hp, quickhsifter

Motosikal bergaya sport retro baru, CFMoto 500SR Voom kini tiba di Malaysia, dilancarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd dengan harga RM35,888 tidak termasuk insurans. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Zephyr Blue dan Nebula White.

Datang dengan fairing penuh serta dua bukaan udara berbentuk bulat di hadapan, motosikal ini digerakkan oleh enjin empat silinder selari DOHC penyejukan cecair 499 cc, yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan serta klac jenis slipper.

Dalam keadaan standard, ia boleh menghasilkan kuasa 78 hp pada 12,500 rpm dan tork 49 Nm pada 10,000 rpm, tetapi dengan bantuan sistem Ram Air, ia boleh ditingkatkan kepada 81.8 hp. Selain daripada itu, penunggang juga boleh menikmati penukaran gear ke atas lebih cepat dan mudah dengan quickshifter yang terus diberi.

Bahagian brek turut diberi perhatian dengan menerima tetapan cakera 330 mm berkembar dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera tunggal 220 mm dengan angkup satu piston di belakang. Rim 17 incinya pula dipegang oleh suspensi yang terdiri daripada fork serta monoshock yang mempnyai pelarasan serapan dan pra beban (belakang).

Menambah lagi stabiliti motosikal ini adalah steering damper, yang diberikan secara standard dan motosikal ini juga datang dengan sistem bantuan elektronik seperti kawalan cengkaman dua mod, ABS dual-channel serta lampu kecemasan automatik.

Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk skrin TFT lima inci, soket pengecas USB Type C dan Type A serta tangki bahan api 15.5 liter. Berat keseluruhan CFMoto 500SR Voom adalah 194 kg dan ia didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required