Sistem harga dua tahap RON 95 ikut pendapatan bersih — T15 bayar RM2.76, yang lain RM2.05

Sistem harga dua tahap RON 95 ikut pendapatan bersih — T15 bayar RM2.76, yang lain RM2.05

Dalam Belanjawan 2025 Jumaat minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penamatan subsidi RON 95 sedia ada yang akan digantikan dengan subsidi bersasar bermula pertengahan tahun depan.

Menurut beliau, 85% rakyat biasa akan terus menikmati subsidi RON 95 tersebut, yang ketika ini dijual dengan harga RM2.05 seliter. Beliau juga memperkenalkan satu terma baru — T15 — yang merujuk kpeada 15% golongan berpendapatan paling tinggi, yang disebutnya “maha kaya”. Tanpa subsidi, golongan berkenaan dan warga asing perlu membayar harga pasaran untuk bahan api tersebut, yang ketika dengan harga RM2.76.

Ini membawa kepada banyak pertanyaan terhadap siapa yang disifatkan sebagai T15 itu. Memandangkan ada disebut tentang pendapatan isi rumah, adakah ini bermaksud pasangan yang masing-masing bergaji RM6,500 (dengan pendapatan keseluruhan isi rumah RM13,000 sebulan) akan disifatkan sebagai maha kaya di Malaysia?

Sistem harga dua tahap RON 95 ikut pendapatan bersih — T15 bayar RM2.76, yang lain RM2.05

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kini tampil memberikan penjelasan bahawa pengkelasan pendapatan pada masa hadapan tidak lagi akan disandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata, tetapi akan dikira berdasarkan pendapatan bersih isi rumah bagi memastikan rakyat dapat menjalani tahap kehidupan yang wajar.

“Saya boleh sahkah yang kaedah baru ini tidak akan bersandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata. Kami sedang mencari jalan terbaik berdasarkan pendapatan bersih isi rumah. Ada juga beberapa faktor lain yang dipertimbangkan. Sebaik saja ditentukan, kita akan dapat menetapkan garis statistik yang lebih tepat untuk B40 dan T15,” jelasnya kepada pemberita ketika sambutan Hari Statistik Kebangsaan 2024, lapor Bernama.

Beliau juga menyatakan yang sistem harga dua tahap akan diperkenalkan di bawah sistem ini. Hanya golongan T15 akan membayar mengikut harga pasaran RON 95 di stesen minyak. Kerajaan ketika ini sedang menilai kaedah terbaik untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya kelak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required