Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar sudah mula berlangsung hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, sehingga esok, 27 Oktober 2024. Di situ, anda dapat menikmati pelbagai tawaran menarik untuk pembelian kenderaan.
Turut serta membawa kereta pameran dan menyediakan promosi adalah BYD. Bermula dengan model elektrik (EV) Dolphin, anda boleh mendapatkan pakej hujung tahun sehingga RM10,000 termasuk pengecas kegunaan rumah serta tambahan rebat tunai.
Model yang lebih besar, iaitu Seal pula datang dengan pengecas wallbox percuma, bernilai sehingga RM3,699 jika anda memilih varian Dynamic. Naik ke varian Premium, anda akan diberikan dengan wallbox serta pakej servis standard tiga tahun percuma. Pergi kepada varian Performance, ia juga datang dengan wallbox serta pakej servis percuma, dan kemudiannya ditambah dengan rebat tunai.
Tawaran paling hebat disediakan untuk SUV Atto 3. Ia disediakan dengan pakej eksklusif hujung tahun sehingga RM35,000, yang termasuk pengecas kegunaan rumah percuma, rebat menarik, kadar pembiayaan serendah 0.88%, cukai jalan percuma serta pakej servis BYD.
Semasa acara ACE 2024 ini juga anda boleh mendekati MPV elektrik M6 yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lepas. Kenderaan tujuh tempat duduk ini ditawarkan di Malaysia dalam dua varian, yang masing-masing berharga RM109,800 dan RM123,800.
Selain itu, ACE 2024 adalah tempat terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai promosi serta tawaran untuk pelbagai model dan jenama kenderaan. Kunjungi ACE 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam hujung minggu ini, di mana ia berlangsung sehingga jam tujuh malam untuk kedua-dua hari. Sekiranya membuat tempahan kenderaan di sini, anda akan menerima baucar RM3,000 sebagai bonus dan masuk adalah percuma!
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.