Jika mahukan sebuah kenderaan baru yang lasak, anda harus melawat tapak pameran Ford di acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar, yang bermula hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, sehingga esok, 27 Oktober 2024.
Tawaran yang disediakan oleh Ford bermula dengan Ranger XL, dijual pada harga bermula RM115,888, atau bulanan RM1,192. Meskipun adalah varian permulaan, ia sudah datang dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Pergi kepada varian lebih tinggi, XLT, harganya menjadi RM128,888, atau RM1,325 sebulan, dan datang dengan ciri seperti sistem kawalan pendingin hawa pintar dua zon dan corong pendingin hawa belakang.
Bagi kedua-dua Ranger XL dan XLT ini, ia ditawarkan dengan pakej servis percuma selama lima tahun, atau rebat tunai RM4,000, khas hanya untuk tempahan yang dibuat di ACE 2024.
Model yang lebih lasak, iaitu Ranger Raptor tiba di Malaysia dalam dua versi, iaitu sama ada yang dipacu oleh enjin diesel turbo 2.0 liter berkuasa 210 PS/500 Nm, atau petrol V6 turbo 3.0 liter 397 PS/583 Nm.
Bahagian penting yang memastikan prestasi lasak Ranger Raptor adalah suspensi adaptif daripada Fox, casis diperkuat, sistem pacuan empat roda sepanjang masa, transfer case dua kelajuan kawalan elektronik serta differential hadapan dan belakang boleh kunci. Mod Baja pula mengaktifkan fungsi anti-lag.
Menyertai barisan trak pikap Ranger Raptor ini adalah Ranger WildTrak dan Ranger StormTrak, yang kedua-duanya digerakkan oleh enjin diesel turbo 2.0L berkuasa 210 PS/500 Nm bersama transmisi automatik 10 kelajuan.
Pada WildTrak terdapat enam mod pemanduan, tempat duduk kulit serta kamera 360 darjah yang diberikan terus, sementara StormTrak yang merupakan model keluaran terhad 200 unit pula datang dengan kemasan hitam, sports bar, rak bumbung boleh laras, lampu bahagian kargo dan pelbagai lagi.
Jika anda mahukan model lasak yang boleh memuatkan tujuh orang, Everest adalah pilihannya. Ia ditawarkan dalam varian Sport, Trend, Titanium serta WildTrak. Untuk acara ACE 2024 ini, Ford membawa Everest Sport untuk tatapan pengunjung.
Sebagai tambahan kepada tawaran yang disediakan oleh pengedar, anda juga boleh menerima baucar bernilai RM3,000 (200 pelanggan pertama) apabila membuat tempahan sebarang kenderaan di ACE 2024. Kunjungi acara ini hari ini atau esok, dan tiada bayaran masuk yang diperlukan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.