ACE 2024: Carro beri diskaun sehingga RM13,800 untuk Certified Cars, potongan 30% untuk servis cat

ACE 2024: Carro beri diskaun sehingga RM13,800 untuk Certified Cars, potongan 30% untuk servis cat

Hujung minggu ini sekali lagi acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar diaadakan di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, dan akan berlangsung hingga jam tujuh malam 27 Oktober 2024.

Bukan setakat pelbagai tawaran untuk kenderaan baru, anda juga boleh menikmati promosi untuk kenderaan terpakai, melalui Carro yang juga adalah penaja bersama acara ini. Potongan sehingga RM13,800 diberikan untuk Carro Certified Cars terpilih, dan anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah hebat. Semua ini hanya eksklusif di ACE 2024.

Pembelian dari barisan “Cars of the Month” oleh Carro dengan tawaran eksklusif untuk ACE 2024 ini akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa satu unit Sony PlayStation 5 Digital bernilai RM2,069, dua unit penyedut hampagas Dyson V8 Fluffy+ bernilai RM1,599 setiap satu, dua unit Nintendo Switch OLED bernilai RM1,228 setiap satu dan tiga unit Apple AirPods bernilai RM829.

ACE 2024: Carro beri diskaun sehingga RM13,800 untuk Certified Cars, potongan 30% untuk servis cat

Selain itu, Carro juga menawarkan diskaun 30% untuk servis cat kenderaan penuh Carro Care, khas untuk acara ini. Daripada RM3,000, harga cat hatchback kecil seperti Perodua Myvi, Proton Iriz dan Kia Picanto diturunkan kepada RM2,100, manakala model yang lebih besar seperti Proton Saga, Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Vios boleh dicat pada harga RM2,240, berbanding sebelum diskaun RM3,200.

Dengan hanya tambahan tidak sampai RM200 pula, kenderaan sedan segmen C seperti Honda Civic, Toyota Corolla, Hyundai Elantra, Mercedes-Benz C-Class atau BMW 3 Series boleh dicat melalui Carro Care (RM2,380). Harga cat untuk sedan segmen D seperti Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana, Mercedes E-Class atau BMW 5 Series pula diturunkan daripada RM3,800 menjadi RM2,520.

Sedan yang lebih besar seperti Mercedes S-Class atau BMW 7 Series, serta SUV dan trak pikap boleh dicat pada harga cuma RM2,660 (sebelum diskaun RM3,800), manakala untuk kenderaan besar seperti Toyota Alphard, Vellfire, BMW X5, X6 dan Mercedes GLC boleh dicat pada harga RM2,800 (turun dari RM4,000).

Dalam acara ACE 2024 ini, yang menjadi tumpuan adalah kenderaan baru terkini, yang didatangkan dengan pelbagai tawaran termasuk daripada penganjur. Sebagai tambahan kepada tawaran yang disediakan oleh pengedar, anda juga boleh menerima baucar bernilai RM3,000 (200 pelanggan pertama) apabila membuat tempahan sebarang kenderaan di ACE 2024. Kunjungi ACE 2024 hari ini dan tiada bayaran masuk yang diperlukan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required