Pendapatan RM12k perlu bayar RM2.79 untuk RON95? Belum muktamad, mungkin naik ke RM15k/RM18k-PMX

Pendapatan RM12k perlu bayar RM2.79 untuk RON95? Belum muktamad, mungkin naik ke RM15k/RM18k-PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk menghapuskan subsidi daripada kelompok 15% teratas rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali sebagai T15. Ini akan memerlukan perubahan klasifikasi golongan berpendapatan tinggi yang dikecualikan daripada subsidi daripada T15 kepada T10, katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menafikan anggapan dan fahaman sebilangan pihak yang secara pasti mentakrifkan bahawa T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi tahun depan adalah isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas seperti takrifan dipakai pada masa kini, laporan Berita Harian.

Tambah beliau, kerajaan sedia mempertimbangkan agar klasifikasi kelompok yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi itu diubah daripada T15 menjadi T10 iaitu kelompok 10% teratas rakyat berpendapatan tinggi.

“Ada orang marah sebab T15…. Siapa kata (T15 adalah) RM12,000? Ia belum diputuskan kerana kita hendak tengok apakah T15 itu mampu bayar. Kalau tak mampu, kita jadikan pula T10, atau tingkatkan (kadar tangga pendapatan) T15 itu menjadi lebih tinggi daripada RM12,000 iaitu mungkin RM15,000 atau RM18,000 sebulan.

Pendapatan RM12k perlu bayar RM2.79 untuk RON95? Belum muktamad, mungkin naik ke RM15k/RM18k-PMX

“Ini tidak! dipertahankan pula T15 itu, sedangkan ada daripada mereka berpendapatan RM100,000 malah ada yang RM1 juta sebulan. Takkan yang itu hendak pertahankan? Kalau pendapatan dia rendah, kita bawa dan kita bagi pertimbangan untuk tidak mahu bebankan rakyat. Yang pentingnya, (sekurang-kurangnya) 85% daripada rakyat Malaysia tidak terkesan,” katanya.

Dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini, Anwar mengumumkan 85% rakyat biasa akan terus menikmati subsidi RON 95 tersebut, yang ketika ini dijual dengan harga RM2.05 seliter. Beliau juga memperkenalkan satu terma baru iaitu T15 yang merujuk kpeada 15% golongan berpendapatan paling tinggi, yang disebutnya “maha kaya”. Tanpa subsidi, golongan berkenaan dan warga asing perlu membayar harga pasaran untuk bahan api tersebut, yang ketika ini dengan harga RM2.76.

Susulan isu ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pula berkata, pengkelasan pendapatan pada masa hadapan tidak lagi akan disandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata, tetapi akan dikira berdasarkan pendapatan bersih isi rumah bagi memastikan rakyat dapat menjalani tahap kehidupan yang wajar.

“Saya boleh sahkah yang kaedah baru ini tidak akan bersandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata. Kami sedang mencari jalan terbaik berdasarkan pendapatan bersih isi rumah. Ada juga beberapa faktor lain yang dipertimbangkan. Sebaik saja ditentukan, kita akan dapat menetapkan garis statistik yang lebih tepat untuk B40 dan T15,” jelasnya

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required