Proton eMas 7 hanya hadir dengan dalaman hitam penuh – tema putih yang tular hanya prototaip

Proton telah pun mengumumkan bahawa EV pertamanya yang bakal dilancarkan pada Disember nanti, eMas 7 sudahpun boleh ditempah ketika kemunculan model berkenaan di ACE 2024 hujung minggu lalu. Serentak dengan itu, spesifikasinya juga telah diumum dan sudah sah bahawa SUV EV ini hanya ditawarkan dengan bahagian dalaman Indigo Blue, yang sekali imbas ia adalah hitam.

Namun baru-baru ini tular gambar menunjukkan ada sebuah eMas 7 yang dipamerkan di bilik pameran menampilkan bahagian dalaman berwarna putih. Kami telah mendapatkan pengesahan dari Proton bahawa unit dengan kemasan dalaman berwarna putih tersebut hanyalah prototaip, dan tidak akan ditawarkan dalam pasaran.

Model pasaran Malaysia memang selalunya ditawarkan dengan kemasan kabin berwarna gelap kerana dengan cuaca yang panas menyebabkan tangan selalu berpeluh, kemasan-kemasan berwarna putih agak sukar untuk dijaga.

Proton eMas 7 menerima motor elektrik tunggal ’12 dalam 1′ yang memacu roda hadapan berkuasa 218 PS dan tork maksima 320 Nm. Konfigurasi tersebut cukup untuk membolehkan eMas 7 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat, menjadikan ia model produksi Proton paling pantas setakat ini. Kelajuan maksima yang boleh dicapai adalah 175 km/j.

Proton eMas 7 hanya hadir dengan dalaman hitam penuh – tema putih yang tular hanya prototaip

Proton akan menawarkan eMas 7 dalam dua varian di mana varian asas Prime diberikan bateri lithium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis yang dibangunkan oleh Geely berkapasiti 49.52 kWj dengan jarak perjalanan 345 km, manakala varian Premium diberikan bateri Aegis yang sama tetapi dengan kapasiti 60.22 kWj yang memberikan jarak 410 km – kedua-duanya mengikut kitaran ujian WLTP.

Ia diberikan sistem pengecas pantas DC 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium, membolehkan cas dipenuhkan dari 30% hingga 80% dalam masa 20 minit. Pengecas AC juga boleh digunakan dengan kadar maksimum 11 kW, membolehkan kadar cas 30% hingga 80% dipenuhkan dalam masa 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

eMas 7 sudah diumumkan akan dijual pada harga anggaran bermula RM120,000. Perbezaan lain antara dua varian yang ditawarkan tersebut telah kami perincikan pada PAUTAN INI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Azreen binti Jamaluddin on Oct 31, 2024 at 2:15 pm

    Cantik boleh ke kalau kita beli bayaran bulanan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required