Smartlane, tidal flow diaktifkan; lebuhraya dilarang tutup lorong hingga 4 Nov, kecuali kes kecemasan

Smartlane, tidal flow diaktifkan; lebuhraya dilarang tutup lorong hingga 4 Nov, kecuali kes kecemasan

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuhraya utama seawal 29 Oktober 2024 (esok) melibatkan pengguna yang menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan, menjelang sambutan Deepavali Khamis ini.

“Sebanyak 2.62 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuhraya utama pada hari-hari puncak sempena Deepavali ini. Dengan jumlah tersebut, sebanyak 2.13 juta bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Manakala 198,000 kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 78,220 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), 59,220 kenderaan di LPT2 dan 15,370 kenderaan di Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE).

“Bagi berhadapan dengan peningkatan jumlah trafik, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuhraya untuk persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuhraya adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan. Antara langkah proaktif yang diambil termasuklah mengaktifkan laluan smartlane di lokasi terpilih di Lebuhraya PLUS, laluan tidal flow di Lebuhraya KL-Karak,” kata LLM dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Smartlane, tidal flow diaktifkan; lebuhraya dilarang tutup lorong hingga 4 Nov, kecuali kes kecemasan

Selain itu, semua lebuhraya dilarang melakukan sebarang penutupan lorong kecuali bagi kes dan kerja kecemasan sehingga 4 November 2024.

“Syarikat konsesi lebuhraya juga perlu menambah lorong tol sementara di beberapa plaza tol yang dikenalpasti mempunyai trafik yang tinggi, menyediakan kemudahan tambahan bagi tempat letak kereta dan tandas di beberapa kawasan rehat & rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya PLUS, Lebuhraya KL-Karak dan LPT1,”tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, LLM turut menyambut baik pengumuman kerajaan yang melaksanakan inisiatif tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 29-30 Oktober 2024. Di mana pemberian kadar tol percuma ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required