Stellantis umum penubuhan hab alat ganti serantau di Malaysia untuk 20 negara, semua jenama di bawahnya

Stellantis umum penubuhan hab alat ganti serantau di Malaysia untuk 20 negara, semua jenama di bawahnya

Stellantis telah mengumumkan penubuhan sebuah hab alat ganti serantau di Malaysia. Pengeluar kenderaan tersebut menyatakan bahawa hab baru ini adalah satu komponen penting dalam strategi mereka untuk menembusi lebih dalam usaha lokalisasi dan menguatkan kehadiran mereka dalam jangka masa panjang di India serta Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

“India dan Asia Pasifik adalah pemacu pertumbuhan ketiga bagi Stellantis, dan hab alat ganti serantau ini dijangka menjadi aset utama dalam strategi rangkaian bekalan serantau kami. Pelaburan ini menunjukkan komitmen jangka masa panjang Stellantis dalam menguatkan kehadiran dan pertumbuhan bukan sahaja dalam rantau ini, tetapi lebih penting lagi menyumbang ke arah menguatkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif serantau,” kata COO Stellantis ASEAN, Daniel Gonzalez.

“Kami mahu bertapak di sini dan berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, servis penghantaran serta kecekapan operasi melalui hab baru ini, yang akan berkhidmat untuk Malaysia dan juga rantau yang lebih luas,” tambah beliau.

Stellantis umum penubuhan hab alat ganti serantau di Malaysia untuk 20 negara, semua jenama di bawahnya

Hab alat ganti serantau ini dijangka dapat beroperasi pada suku pertama tahun 2025, dan direka untuk menepati dan memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi sekitar 20 negara dalam rantau ini, termasuk Malaysia. Ia akan menempatkan alat ganti serta komponen untuk semua jenama Stellantis termasuk Citroen, Alfa Romeo, Jeep, RAM, Leapmotor dan Peugeot. Dua jenama yang terakhir itu ada dijual di Malaysia.

Kemudahan baru ini adalah sebahagian daripada strategi Stellantis untuk meningkatkan servis selepas jualan mereka dengan mengurangkan waktu menunggu dan memastikan akses cekap serta ketersediaan alat ganti dan komponen untuk pengedar dan pelanggan.

“Terletak strategik dalam zon perdagangan bebas di Malaysia, gudang serantau ini akan membenarkan kami untuk meningkatkan ketersediaan alat ganti, mengurangkan waktu menunggu dan meningkatkan kecekapan servis secara menyeluruh. Ia juga dapat membenarkan kami untuk memberi maklum balas lebih pantas kepada keperluan pelanggan yang semakin berkembang sambil memastikan mereka menerima sokongan selepas jualan pada tahap tertinggi,” kata ketua bahagian servis dan alat ganti Stellantis India dan Asia Pasifik, Olivier Torchet.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required