Tol percuma 29-30 Okt sempena Deepavali, kecuali di plaza tol BSI, Tg Kupang; RM38j ditanggung kerajaan

Tol percuma 29-30 Okt sempena Deepavali, kecuali di plaza tol BSI, Tg Kupang; RM38j ditanggung kerajaan

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan kerajaan telah memuktamadkan pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 29-30 Oktober 2024 sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut Khamis (31 Oktober) ini. Di mana pemberian kadar tol percuma ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuhraya bermula jam 12.01 tengahmalam pada 29 Oktober dan akan berakhir pada jam 11.59 malam pada 30 Oktober.

“Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat,” kata KKR menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Tol percuma 29-30 Okt sempena Deepavali, kecuali di plaza tol BSI, Tg Kupang; RM38j ditanggung kerajaan

Menurut KKR lagi, pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pastinya peluang keemasan ini akan dimanfaatkan oleh orang ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman atau mana-mana destinasi percutian ketika musim perayaan ini. Walau bagaimana pun, anda disarankan supaya mengikut cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya bagi mengurangkan risiko tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Dalam masa yang sama, anda juga dinasihati memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi walau pun melalui lebuhraya dalam tempoh pemberian tol percuma ini. Jangan lupa dapatkan rehat secukupnya dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu. Sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required