Bukan semua T15 maha kaya — had pendapatan isi rumah RM30,000 ke bawah wajar terima subsidi RON95

Bukan semua T15 maha kaya — had pendapatan isi rumah RM30,000 ke bawah wajar terima subsidi RON95

Istilah “T15” mula mendapat perhatian ramai susulan daripada keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi petrol RON95 daripada golongan 15% teratas dari segi pendapatan dalam kelompok masyarakat bermula tahun depan. Banyak persoalan melingkari definisi dan kelompok pendapatan yang akan berada di dalam penakrifan tersebut, yang oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim disebut sebagai “maha kaya” ketika pembentangan Belanjawan 2025 lalu.

Susulan daripada itu, Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling meminta kerajaan untuk menilai semula lingkungan tersebut supaya hanya melibatkan isi rumah yang berpendapatan lebih daripada RM30,000 sebulan untuk digolongkan dalam kelompok T15 itu. Perkara ini perlu kerana mengambil kira kos sara hidup yang makin meningkat akibat inflasi, lapor The Star.

“Saya percaya penakrifan golongan berpendapatan tinggi perlu selarikan, dan akan lebih tepat untuk hanya mengelompokkan isi rumah yang berpendapatan RM30,000 sebulan di dalamnya,” ujarnya ketika membahaskan Undang-Undang Bekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam.

Ling menambah, keadaan ekonomi dan inflasi sekarang perlu dipertimbang ketika membuat pengkelasan kelompok pendapatan isi rumah ini. “Dengan kos tinggi untuk pendidikan swasta serta meningkatnya kos penjagaan kesihatan, mengkelaskan mereka yang berpendapatan di bawah RM30,000 sebagai kelompok berpendapatan tinggi akan hanya membebankan mereka,” tambah beliau.

Bukan semua T15 maha kaya — had pendapatan isi rumah RM30,000 ke bawah wajar terima subsidi RON95

Beliau juga menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan bagaimana kos sara hidup yang tinggi telah memberi kesan kepada kelompok berpendapatan berbeza, terutama mereka yang isi rumahnya berpendapata di bawah RM30,000 yang mungkin sukar menanggung perbelanjaan pendidikan dan kesihatan tanpa subsidi itu.

Perkara ini juga disuarakan dalam nada yang sama oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong di Tiktoknya, yang menyatakan adalah tidak adil untuk mengkelompokkan mereka yang T15 dalam masyarakat sebagai “maha kaya” hanya berdasarkan pendapatan isi rumah semata-mata, memandangkan sebahagian daripada kelompok itu bukan jutawan dan tidak pula kaya.

“Sebagai contoh, pasangan berkahwin yang kedua-duanya guru dengan gred DG48 yang telah mengajar 15 tahun, mempunyai pendapatan bersama sekitar RM14,000. Mereka ada rumah, dua kereta dan tiga anak. Sama juga jika pasangan pegawai kerajaan atau PTD juga dikelaskan sebagai T15 atau maha kaya. Adakah ini masuk akal?”

Wee menambah, mereka yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) — yang mana gajinya lebih tinggi berbanding dalam sektor kerajaan — juga boleh dikelaskan sebagai T15. Berdaarkan Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kaji Selidik Pendapatan dan Perbelanjaan isi rumah dalam sistem data terbuka oleh Jabatan Statistik, T15 ditakrifkan sebagai isi rumah yang berpendapatan RM13,925 ke atas, setakat 2022. Sebaliknya, Wee mencadangkan subsidi RON95 diberikan mengikut harga kenderaan yang terlibat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required