Haval H6 HEV diberi waranti enjin 1 juta km/10-tahun untuk gasket, camshaft, crankshaft dan beberapa lagi

Haval H6 HEV diberi waranti enjin 1 juta km/10-tahun untuk gasket, camshaft, crankshaft dan beberapa lagi

GWM Malaysia telah mengumumkan penawaran waranti enjin sehingga satu juta km, 10-tahun untuk Haval H6 HEV yang baru dilancarkan awal bulan ini. Waranti enjin tersebut meliputi gasket, pengedap minyak, omboh (piston), sambungan rod (conrod), camshaft (aci sesondol) dan crankshaft (aci engkol) bagi enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder, menurut syarikat tersebut.

Ini adalah tambahan kepada waranti kenderaan 10-tahun, 1,000,000 km model dan lapan-tahun atau 1,000,000 km (mana-mana tiba dahulu) bagi waranti rangkaian elektrik hibrid yang meliputi Dedicated Hybrid Transmission (DHT), bateri voltan tinggi dan kabel serta unit kawalan penghantaran. Seperti waranti kenderaan dan sistem hibrid, waranti enjin yang diumumkan ini adalah untuk pemilik pertama kenderaan sahaja, dan tidak boleh dipindah milik.

Semasa pelancarannya, turut diumumkan H6 HEV ditawarkan dengan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun termasuk alat ganti dan buruh untuk pembeli yang mendaftarkan kenderaan mereka pada tahun 2024. Sebagai SUV segmen-C, Haval H6 HEV diletakkan di pasaran yang turut disertai Honda CR-V, Proton X70 dan seumpamanya.

Enjin pembakaran dalaman bagi Haval H6 HEV ini mampu menghasilkan kuasa 150 PS pada 5,500 hingga 6,000 rpm dan 230 Nm dari 1,500 hingga 4,000 rpm. Bagi janaan elektriknya, ia dihasilkan oleh motor penggerak magnel kekal berkuasa 177 PS/300 Nm yang disepadukan dalam transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dua-kelajuan

Ini membolehkan kuasa keseluruhan yang dibekalkan adalah 243 PS dan 530 Nm, juga mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.7 saat. Manakala penggunaan bahan apinya pula didakwa sekitar 5.2l/100 km.

Antara perincian standard yang diberikan pada Haval H6 Hybrid Ultra pasaran Malaysia ini termasuk lampu hadapan LED matrix, gril hadapan ‘Star Matrix’, bumbung suria panaromik dan rim aloi 19-inci dalam kemasan hitam berkilat. Manakala pada bahagian kabin, ia diberikan skrin infotainmen 12.3-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay dan juga paparan instrumen digital dengan skrin 10.25-inci.

Untuk pasaran Malaysia, Haval H6 HEV ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM139,800. Operasi pemasangan tempatan (CKD) model ini telah pun bermula di kilang milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang terletak di Taman Perindustrian Hicom Pegoh, Melaka tersebut. Ia telah pun mula menghasilkan unit pertamanya bulan lalu. Namun sebelum ini difahamkan bahawa bagi 100 unit pertama adalah unit CBU yang diimport terus dari China.

GALERI: Haval H6 HEV 2024 di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required