JomCharge, Gentari kemaskini pengecas dengan bateri tenaga simpanan — tahap semasa, had 80% SoC

JomCharge, Gentari kemaskini pengecas dengan bateri tenaga simpanan — tahap semasa, had 80% SoC

Pengendali JomCharge, EV Connection (EVC) dan Gentari mengumumkan kemaskini pengecas kenderaan elektrik kepada jenis pengecasan pantas DC lengkap dengan teknologi Battery Energy Storage System (BESS). Kemaskini itu bertujuan untuk mempertingkat pengalaman mengecas di stesen terlibat dengan cara menggunakan sistem ini untuk memintas bekalan elektrik yang tidak mencukupi.

BESS membolehkan pengecas pantas DC dipasang di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik yang tidak mencukupi, seperti di R&R dan hentian sebelah, memandangkan baterinya boleh dicaj untuk membekalkan kuasa ketika tidak digunakan. Tenaga yang disimpan kemudiannya akan digunakan untuk mengecas EV mencecah 200 kW, sehinggalah bateri simpanan tersebut habis tenaganya dan pengecas tidak boleh digunakan.

Memadai ketika jumlah dan jualan EV masih terhad, namun jumlah EV yang semakin banyak akan menyebabkan masalah lain terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah. BESS tidak memerlukan masa yang lama untuk baterinya kehabisan tenaga — pengecas di Hentian Sebelah Behrang arah Selatan misalnya dilengkapi dengan bateri 300 kWh, yang akan habis jika enam EV dengan purata kapasiti 50 kWh dicas berturutan.

JomCharge, Gentari kemaskini pengecas dengan bateri tenaga simpanan — tahap semasa, had 80% SoC

Kemaskini terbaru ini bertujuan untuk menguruskan masalah tersebut. Pertama, aplikasi JomCharge kini akan menunjukkan ikon tahap bateri jika memilih stesen pengecas yang dilengkapi BESS sekaligus membolehkan pengguna merangcang hentian pengecasan mereka dengan lebih baik. Pengecas tersebut juga akan menghadkan kadar 80% SoC bagi setiap EV untuk membolehkan lebih banyak kereta menggunakannya sebelum BESS kehabisan tenaga.

Selain itu, pengecasan BESS akan ditangguh dan semua tenaga elektrik akan disalurkan daripada bateri, grid atau panel solar kepada pengecas tunggal sebaik sahaja BESS kehabisan tenaga. Ini membolehkan pengecas tunggal tersebut terus menambahkan kuasa kepada sebuah EV pada kadar lebih rendah iaitu 50 kW, dengan pengecas lain dimatikan. Stesen pengecas itu akan menyambung pengecasan BESS sebaik sahaja ia tidak lagi digunakan.

Kemaskini tersebut kita sedang diuji dan akan terhad untuk hentian sebelah Behrang arah Selatan sahaja terlebih dahulu, dan akan diperluas ke stesen dengan kelengkapan BESS selepas fasa ujian. Papan tanda tambahan juga akan dipasang untuk menandakan pengecas yang memanfaatkan BESS.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required