PM perjelas kenapa harga minyak tidak turun; sebelum ini petrol di Arab Saudi 50 sen, sekarang RM2.62

PM perjelas kenapa harga minyak tidak turun; sebelum ini petrol di Arab Saudi 50 sen, sekarang RM2.62

Semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh tentang topik harga minyak sambil menjawab soalan yang diberikan oleh Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkenaan definisi T15 berhubung dengan subsidi bersasar petrol RON 95 yang sedang dirancang, serta mekanisme yang akan digunakan untuk kadar cukai dividen 2%.

Menjawab panggilan beberapa pihak untuk menurunkan harga minyak, iaitu sesuatu yang pernah beliau cadangkan semasa berada sebagai pembangkang, Anwar menyatakan bahawa sebelum ini negara jiran mempunyai harga minyak lebih tinggi berbanding Malaysia, meskipun ia adalah pengeluar minyak, seperti Indonesia.

“Kadang-kadang, bila dia ucap, dia lepaskan kenyataan bahawa saya selalu bandingkan dengan Arab Saudi. Tapi itu dipadamkan. Jadi, tidak ada keikhlasan dalam berhujah, tetapi hanya bermain sandiwara politik kerana Saudi sekarang RM2.62 (seliter). Semasa kita usulkan penurunan harga minyak, harga di Arab Saudi 50 sen (seliter). Mengapa tidak dihujahkan hari ini?” kata Anwar.

“Kalau harga (minyak) turun mendadak, maknanya projek-projek rakyat itu terpaksa dikurangkan. Jadi kita ada pilihan di sini. Sebab tu kita akan naikkan ikut harga pasaran kepada warga asing, bukan warganegara dan juga T15,” tambah beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required