Undang-undang baru untuk lindungi pemandu e-hailing, penghantar bermotosikal – Zahid Hamidi

Undang-undang baru untuk lindungi pemandu e-hailing, penghantar bermotosikal – Zahid Hamidi

Kerajaan bersedia untuk memperkenalkan rang undang-undang (RUU) baru untuk melindungi keselamatan dan kebajikan pekerja gig seperti pemandu e-hailing dan penghantar bermotosikal, kata timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi. Menurut laporan Bernama, undang-undang baru ini menyediakan perlindungan kewangan dan perubatan, termasuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Zahid berkata, RUU tersebut akan dibentangkan oleh kementerian sumber manusia (KESUMA) semasa sesi di Dewan Rakyat untuk dibahaskan, dan ia juga menunjukkan sokongan kerajaan kepada lebih 1.16 juta pekerja gig di seluruh negara.

“Undang-undang ini akan memberikan jaring keselamatan kepada pekerja gig, memastikan perlindungan menyeluruh yang bukan sahaja termasuk sumbangan kepada KWSP, tetapi juga perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), serta peruntukan untuk kos rawatan perubatan,” kata beliau.

Undang-undang baru untuk lindungi pemandu e-hailing, penghantar bermotosikal – Zahid Hamidi

Zahid mengakui, perlindungan untuk kos rawatan perubatan secara khususnya boleh memberikan implikasi kewangan yang berat, tetapi ia tetap perlu untuk pekerja gig. “Kita akan membincangkan perkara ini secara terperinci dengan KESUMA, kementerian kewangan, dan sekretariat (Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi Gig Malaysia) sendiri yang akan memberikan beberapa input setelah perundingan dilakukan mengikut konsultasi dengan pihak universiti terutamanya Universiti Malaya yang telah memberikan khidmat dan pandangan termasuk dari segi perundangan,” kata beliau.

Berkenaan beza antara undang-undang baru ini dengan undang-undang pekerja sedia ada, Zahid memberitahu, undang-undang sekarang tidak ditujukan secara spesifik untuk keadaan terkini ekonomi gig. “Berdasarkan cadangan daripada menteri sumber manusia, kabinet telah menetapkan bahawa satu akta khas diperlukan untuk memastikan perundangan baru ini tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada,” kata beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required