Baru sahaja bidaan untuk plet istimewa MADANI ditutup beberapa minggu lalu, kini ada timbul pula satu permasalah berkenaannya. Seorang pengarah syarikat, Hasan Azhari Hashim muncul membuat tuntutan saman RM1.3 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) atas dakwaan pelanggaran hak cipta.
Seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times, Hasan yang merupakan pengarah syarikat Ilham Madani Sdn Bhd mendakwa bahawa beliau adalah pemegang hak cipta berdaftar yang sah kepada ‘Kertas Kerja Mewujudkan Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri Madani 1 Sehingga Madani 9999 Untuk Didaftarkan Di Malaysia’, yang didaftarkan secara sah ke dalam Daftar Hak Cipta mengikut Seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987.
Dalam surat tuntutan itu, Hasan menggesa MOT dan JPJ untuk membayar pampasan dalam masa tujuh hari sebelum memfailkan tuntutan mahkamah. Beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini (tahun lepas) pernah menghantar surat cadangan kerjasama untuk penjualan nombor plat itu kepada perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi cadangan tersebut telah ditolak.
Penjualan plet MADANI bermula 19 Oktober hingga 23 Oktober lalu melalui platform JPJ eBid dan kerajaan mengumumkan, ia berjaya menerima kutipan berjumlah RM2,623,329. Bidaan paling tinggi diterima untuk MADANI 6, sementara jumlah penyertaan keseluruhan pembida adalah seramai 5,632 orang dengan sebanyak 3,263 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
Sebelum ini diberitahu bahawa hasil penjualan plat ini merupakan salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah kementerian Pengangkutan (MOT) seperti Program MyLesen, Program Pertukaran topi Keledar, FlySISWA, pembayaran Perkeso kepada pemandu teksi dan juga inisiatif lain.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Hahaha padan muka hampa.. Nak untung atas angin bila tuan hak cipta berdaftar ajak sama2 buat duit hmpa x mau takot untuk kena bahagi dua.. Sekarang bkan stakat xdak untung tapi saman lagi hampa kena hadap betoi2 TAMBIRANGGG LA HAMPA