MyKad, e-Wallet dipertimbang untuk subsidi RON 95

MyKad, e-Wallet dipertimbang untuk subsidi RON 95

Seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2025, subsidi bersasar bagi petrol RON 95 akan mula dilaksanakan pada pertengahan tahun depan. Ada dua perkara penting yang perlu ditentukan sebelum itu: siapa yang tidak akan menerimanya dan bagaimana ia diagihkan.

Dua tahap harga di pam atau pilihan yang ditentukan oleh jenis kenderaan adalah antara kaedah yang diperhalusi sebelum ini. Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan penggunaan MyKad serta e-Wallet sebagai cara untuk mengagihkan subsidi bersasar tersebut.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang memaklumkan bahawa itu menjadi antara penyelesaian yang boleh menentukan siapa yang sewajarnya menerima bantuan subsidi dan siapa yang tidak, lapor The Star.

MyKad, e-Wallet dipertimbang untuk subsidi RON 95

Beliau juga menekankan yang penyelarasan semula subsidi RON95 adalah perlu, tetapi tidak akan memberi kesan kepada 85% rakyat Malaysia. Menurutnya, berdasarkan data semasa, dijangkakan lebih 40% penggunaan petrol adalah oleh warga asing, sektor komersial dan penyeludupan.

“Dengan tahap subsidi petrol RON 95 adalah sekitar RM20 bilion setahun, jika ketirisan kepada warga asing, sektor komersial dan golongan kaya boleh diselesaikan, negara akan dapat jimat sehingga RM8 bilion setahun,” jelasnya.

Beliau menambah, kerajaan masih dalam usaha untuk menetapkan kriteria bagi kelompok T15, yang tidak akan menikmati subsidi bahan api sebaik sahaja program penyelarasan semula itu bermula. Beliau memaklumkan yang kerajaan tidak hanya akan bergantung kepada data Jabatan Statistik berkaitan kajiselidik pendapatan isi rumah untuk menentukan kelayakan. “Kami akan mempertimbangkan pandangan semua pihak,” jelasnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • chan keon unisoc on Nov 06, 2024 at 12:07 pm

    saya minat kereta taxi mini untuk percuma minyak dan bil murah ialah IPOH-KL harga RM15 untuk satu orang sahaja dan bil murah IPOH-JOHOR harga RM18 untuk satu orang sahaja?saya untung gaji bulan RM300-RM800 punca ramai orang baca harga murah saya niaga bisnes sendiri?apa kata minyak percuma bagi saya guna mykad dan saya jimat duit minyak

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • chan keon unisoc on Nov 06, 2024 at 2:55 pm

      kereta taxi mini jenis apa?saya kecewa?tunggu tahun 2025 adalah kereta baru dan cuba lesen pemandu kereta taxi mini janji belanja kucing jalanan makanan percuma

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required