Honda eVTOL — kereta terbang dipamer di KLIMS 2024

Honda eVTOL — kereta terbang dipamer di KLIMS 2024

Untuk Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang bakal membuka tirainya kepada media Rabu ini, Honda membawakan sedikit kelainan. Selain menghadirkan model-model kenderaan dan mempamer teknologi terbaru, syarikat itu akan turut mempamerkan jentera mobiliti udaranya, kereta terbang yang dikenali sebagai electric vertical take off and landing (eVTOL).

Hanya ada satu gambar yang mengiringi pengumuman itu, dan kelihatannya jentera eVTOL tersebut banyak persamaan dengan model yang diumumkan pada 2021 di bawah pembangunan untuk kegunaan dalam-dan-antara bandar.

Bagaimanapun, jentera yang ditunjuk pada 2021 ini lebih kepada jentera hibrid, dengan adanya sebuah bateri berkapasiti kecilnya menghadkan pacuan elektrik sepenuhnya untuk kegunaan dalam bandar, dan Honda juga telah memanfaatkan penggunaan turbin gas serta converter AC/DC untuk menyokong kuasa bateri tersebut.

Selain jentera mobiliti udara itu, untuk KLIMS 2024 Honda turut akan mempamerkan model Prelude Concept dan skuter elektrik boleh lipat, Motocompacto.

Kehadiran Prelude Concept itu disahkan tidak lama selepas ia ditunjukkan dengan penggunaan sistem janaan kuasa hibrid. Bagaimanapun, tiada perincian teknikal penuh didedahkan. Untuk itu, versi yang akan ditunjukkan nanti mungkin menggunakan sistem janaan kuasa e:HEV yang sama digunakan untuk City, Civic, HR-V dan CR-V.

Bagi Motocompacto pula, ia merupakan sebuah jelmaan semula model Motocompo 50 cc, dengan kali ini dijana oleh sistem bateri-elektrik. Motocompo asal direka untuk dimuatkan ke dalam ruang barangan Honda City 1981. Versi terbarunya ini pula akan mempunyai berat 18.7 kg, dan dilengkapi dengan bateri 6.8 Ah yang menawarkan jarak sehingga 20 km dan laju maksimum 24 km/j. Ia berukuran 967.8 mm panjang (742 mm jika dilipat), 889 mm tinggi (536 mm jika dilipat) dan 437 mm lebar (94 mm jika dilipat).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required