Honda Malaysia tawar promo Dis 2024 – diskaun RM10k bagi Civic Hybrid, hingga RM8k untuk SUV

Kita sudah pun memasuki bulan terakhir untuk tahun 2024, dan pastinya lebih banyak penawaran menarik bagi jualan akhir tahun yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kenderaan. Ini termasuklah Honda Malaysia ya g menawarkan kempen promosi untuk Disember 2024 dengan tema ‘2024 Wrap Up’ dan ia menggabungkan dua jenis rebat sehingga RM10,000.

Untuk Civic Type R yang menyertai promosi bulanan Honda Malaysia pada Oktober lalu, tidak lagi menyertai kempen untuk bulan ini. Walau bagaimana pun, diskaun paling besar diberikan untuk Civic biasa, mencecah RM10,000. Namun, diskaun ini hanya untuk varian 2.0L e:HEV RS sahaja, yang bermakna ramai pembeli memilih versi 1.5L petrol pada bulan-bulan sebelum ini.

Untuk City pula, diskaun diberikan dari RM3,000 (S) hingga RM8,000 (E, V, RS petrol). Manakala varian tertinggi RS hybrid pula menerima diskaun sebanyak RM5,000, sementara model edisi istimewa yang berasas dari varian V pula diberikan rebat sebanyak RM6,000. Tentu ada yang tertanya-tanya mengapa jumlah diskaun berubah-ubah antara bulan dan varian? Jawapannya, ia adalah pasang surut pengeluaran berbanding permintaan.

Honda Malaysia tawar promo Dis 2024 – diskaun RM10k bagi Civic Hybrid, hingga RM8k untuk SUV

Klik untuk besarkan

Bagi barisan model SUV pula, untuk WR-V, pembeli bakal menerima diskaun sebanyak RM5,000 jika memilih varian asas S, sementara E, V dan RS diberikan diskaun berjumlah RM8,000. Manakala Edisi Istimewa RS baharu dengan kelengkapan Modulo pula ditawarkan dengan diskaun RM6,000.

Jika anda mahukan SUV yang lebih besar sedikit, varian S dan turbo E yang kedua-duanya dengan enjin 1.5L NA menerima diskaun RM3,000. Manakala RS hybrid pula diberika diskaun RM5,000 dan V pula dengan rebat sebanyak RM8,000. Manakala untuk varian CR-V pula, diskaun sebanyak RM4,000 diberikan untuk S, RM6,000 untuk E dan RM3,000 pula untuk V dan 2.0L e:HEV RS.

Akhir sekali, bagi bakal pembeli City Hatchback, yang baru saja ditawarkan dengan warna terkini Phoenix Orange Pearl, diskaun sebanyak RM3,000 untuk kesemua varian, kecuali V dan RS petrol yang menerima rebat RM6,000.

Menurut Honda Malaysia, promosi ini hanya sah untuk kenderaan yang didaftarkan dari sekarang sehingga 31 Disember 2024. Jadi, inilah masa terbaik untuk anda membeli kenderaan baharu sempena dengan kedatangan tahun baharu 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required