Peugeot 408 kini ditawarkan dengan 2-tahun insurans percuma bernilai RM10k, servis percuma 5-tahun

Peugeot 408 kini ditawarkan dengan 2-tahun insurans percuma bernilai RM10k, servis percuma 5-tahun

Peugeot 408 yang dilancarkan di sini pada April adalah satu daripada model menarik yang boleh anda beli ketika ini. Dengan kesepaduan dan pertembungan rekaan antara SUV, hatchback dan juga wagon, 408 ada kelebihan yang unik berbanding model lain dalam segmen sama di Malaysia.

Ia hadir dalam tiga varian, Allure (RM146,055), Premium (RM166,055) dan GT (RM196,055) — harga atas jalan belum termasuk insurans. Untuk tempoh terhad, pembelian varian Premium atau GT sebelum 2024 melabuhkan tirainya akan melayakkan pelanggan untuk menikmati dua tahun insurans percuma bernilai RM10,000. Jadi perlu cepat, kerana hanya bebaki kurang sebulan sahaja lagi.

408 digerakkan oleh enjin 1.6 liter turbo empat-silinder petrol yang menjana sebanyak 218 PS dan 300 Nm tork yang disalurkan ke roda depan melalui transmisi automatik lapan-kelajuan.

Varian Premium turut dilengkapi dengan senarai spesifikasi yang mantap, seperti rim aloi 18-inci, enam-pembesar suara, kerusi balutan kulit, kerusi depan larasan kuasa, panel instrumen digital 10-inci dan skrin sentuh 10-inci. Varian GT yang paling tinggi pula menerima tambahan atau perbezaan seperti rim aloi 20-inci, 10-pembesar suara Focal Premium, lampu utama LED matrix automatik, lampu belakang dengan grafik LED cakaran 3D, kulit Nappa serta fungsi memori dan urutan untuk kerusi pemandu.

Untuk aspek keselamatan, ada enam beg udara, AEB canggih, ACC, pengesan titik buta, amaran trafik di belakang, bantuan mula mendaki, pengesan papan tanda trafik maju dan sistem peninjau tekanan tayar.

Selain itu, pembeli juga menerima lanjutan jaminan tujuh-tahun/200,000 km sebagai tawaran standard (berbanding jaminan lima-tahun/150,000 km biasa), serta servis tahun selama lima-tahun (yang merupakan peluang terakhir yang ditawarkan ketika ini).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required