Pro-Net, EVC pasang pengecas EV percuma di 100 kondo, pengguna smart, Proton eMas dapat diskaun

Pro-Net, EVC pasang pengecas EV percuma di 100 kondo, pengguna smart, Proton eMas dapat diskaun

Proton New Energy Technology (Pro-Net) dan pengendali JomCharge, EV Connection (EVC) berjaya membuat satu perjanjian untuk menyediakan pengecas kenderaan elektrik (EV) kepada 100 kondominium yang pada masa ini masih belum mempunyai sebarang pengecas dan memberikan kadar cas lebih rendah kepada sekitar 70 kondominium yang sudah termasuk dalam rangkaian JomCharge.

Program yang dipanggil sebagai Program Infrastruktur Pengecasan EV Kondominium PRONET-EVC ini membenarkan pengurusan kondo untuk memohon pengecas EV percuma melalui laman web EVC. Setelah mendapat kelulusan daripada EVC dan Pro-Net, pemohon yang berjaya akan mendapat pengecas itu sendiri serta semua kerja infrastruktur yang terlibat, kos penyesuaian, sistem pengurusan pengecas dan integrasi ke dalam rangkaian JomCharge.

Turut disediakan dalam program ini adalah mekanisme perkongsian keuntungan/hasil, yang membenarkan pengurusan bangunan mengumpul sedikit pendapatan. Bayaran mengecas di kondo ditetapkan pada RM0.70/kWh tetapi bagi pemilik EV smart dan Proton eMas 7, mereka akan menerima kadar 10% lebih rendah (RM0.63 kWh) bermula tahun depan. Pengguna di kondo yang menggunakan pengecas berasaskan kiraan masa juga akan menikmati diskaun sama.

Pro-Net, EVC pasang pengecas EV percuma di 100 kondo, pengguna smart, Proton eMas dapat diskaun

Kolaborasi ini adalah pengembangan kerjasama sedia ada antara PRO-NET dan EVC yang kini mengendalikan pembekalan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan pengecas dinding rumah untuk pemilik smart, dengan lebih daripada 400 pemasangan berjaya diselesaikan setakat ini.

“Dengan menyediakan kemudahan pengecasan yang mudah untuk pelanggan kami yang tinggal di kondominium, kami percaya ini bukan sahaja akan menambah kebaikan, tetapi juga dapat mengatasi sebarang halangan yang mungkin ada
bagi mereka untuk memiliki EV,” kata CEO Pro-Net, Zhang Qiang.

Pro-Net kini sedang bersedia untuk pelancaran eMas 7, yang akan dibuat bulan ini dengan jangkaan harganya sekitar RM120,000. Kembar kepada Geely Galaxy E5/EX5 ini akan ditawarkan dalam varian Prime dan Premium, dengan pakej bateri dan kelengkapan yang berbeza. Pandangan awal pemanduannya boleh dibaca di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required