Toyota Camry gen-9 bakal muncul di KLIMS 2024

Toyota Camry gen-9 bakal muncul di KLIMS 2024

Toyota Malaysia telah pun menyiarkan teaser bahawa ia akan membawa model generasi terkini Camry ke Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang bakal berlangsung bermula 5 hingga 11 Disember di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Camry XV80 ini hanya akan diprebiu atau akan dilancarkan terus ke pasaran tempatan ketika berlangsungnya acara itu nanti. “Ikon tidak pernah duduk diam. Evolusi seterusnya akan datang tidak lama lagi. Memperkenalkan ikon seterusnya di KLIMS 2024, 5-11 Dis,” tulis kapsyen pada teaser yang disiarkan tersebut.

Model generasi ke-9 ini sudahpun dilancarkan di Singapura pada Ogos 2024, kemudian ia mula dijual di Thailand bermula Oktober lalu. Buat masa sekarang ke semua model yang dijual pada pasaran ASEAN ditawarkan hanya dalam unit rangkaian kuasa petrol-hibrid elektrik.

Ia menggandingkan enjin A25A-FXS 2.5 liter empat silinder NA berkuasa 188 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 221 Nm bermula 3,200 hingga 5,200 rpm, bersama motor elektrik 1VM berkuasa 136 PS dan tork 208 Nm. Secara keseluruhan, Camry ini dibekalkan kuasa penuh 231 PS dan ia menampilkan kotak gear e-CVT untuk memacu sepenuhnya roda hadapan.

Model generasi baharu ini menampilkan dimensi 4,920 mm panjang, 1,840 mm lebar, 1,455 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,825 mm. Jadi berbanding model generasi sedia ada, Camry XV80 ini adalah 35 mm lebih panjang, tetapi dimensi lain masih lagi sama. Masih diasas dari platform TNGA, model generasi baharu ini kekal dengan konfigurasi suspensi topang McPherson di hadapan dan double wishbone di belakang.

Bagi model tertinggi pasaran Thailand iaitu varian Premium Luxury, ia datang dengan kelengkapan termasuk lampu hadapan LED automatik dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, cermin sisi dengan lampu isyarat membelok LED, cermin sisi,larasan elektrik dengan tambahan fungsi memori dan larasan automotik ketika undur, bumbung panaromik dan pelindung matahari kawalan kuasa.

Toyota Camry gen-9 bakal muncul di KLIMS 2024

Manakala dalam kabin ia menampilkan kelengkapan termasuk tempat duduk pemandu larasan kuasa lapan-hala dengan liang aliran udara serta fungsi memori dan juga larasan kebelakang automatik ketika pemandu masuk atau keluar dari kabin ala-Lexus, skrin sesentuh 12.3-inci dengan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dihubungkan kepada sistem bunyi dengan sistem bunyi dengan sembilan-pembesar suara dari JBL dan pelbagai lagi.

Tak kira sama ada ia dilancarkan atau tidak, anda perlu datang ke KLIMS 2024 untuk melihat sendiri Toyota Camry XV80 kerana ini merupakan penampilan pertamanya di sini.

GALERI: Toyota Camry Premium Luxury 2024 pasaran Thailand

GALERI: Toyota Camry Premium 2024 pasaran Thailand

GALERI: Toyota Camry Smart 2024 pasaran Thailand

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required