Jalan Gua Musang-Jeli di KM35 runtuh sepenuhnya akibat hujan lebat; ditutup kepada semua kenderaan

Jalan Gua Musang-Jeli di KM35 runtuh sepenuhnya akibat hujan lebat; ditutup kepada semua kenderaan

Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer (KM) 35 di Gua Musang, Kelantan, runtuh sepenuhnya susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut baru-baru ini menyebabkan laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan.

Menurut Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud, pihaknya telah mengeluarkan peruntukan serta merta untuk membina jalan lencongan sementara bagi memberi kemudahan kepada penduduk untuk berulang-alik menghantar anak mereka ke sekolah, laporan Berita RTM.

“Tindakan ini kita kena segera lakukan supaya tidak membantut urusan kelangsungan urusan harian rakyat sekitar khususnya dari Gua Musang ke Jeli.

“Kita perlu segera menghadapi gelombang banjir dan perlu selesaikan segera masalah runtuhan jalan. Tindakan semua agensi-agensi terlibat dapat menyegerakan proses tersebut dan bekerjasama dengan tentera kita dapat selesaikan jambatan bailey dan juga pembinaan jalan lencongan sementara,” katanya.

Jalan Gua Musang-Jeli di KM35 runtuh sepenuhnya akibat hujan lebat; ditutup kepada semua kenderaan

Klik untuk besarkan

Laluan yang terpaksa ditutup itu sekaligus menjejaskan kehidupan harian lebih 3,000 penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jerek, Wan Zahari Wan Harun berkata, sebelum runtuhan berlaku, hujan berterusan menyebabkan air dari pembetung bersebelahan laluan terbabit melimpahi permukaan jalan berkenaan.

“Tidak lama selepas limpahan air dari pembentung surut, tebing jalan mula terhakis sedikit demi sedikit bersama aliran air pembentung sebelum runtuh sepenuhnya dalam tempoh 20 minit. Runtuhan dan hakisan tanah itu menyebabkan curam yang dalam,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Wan Zahari memberitahu, jalan itu sudah tidak boleh dilalui walaupun dengan cara berjalan kaki. Walau bagaimana pun, difahamkan, penduduk kawasan setempat mengambil inisiatif membina laluan sementara bagi menghubungkan semula lapan kampung yang terjejas akibat kejadian jalan runtuh itu termasuk membuat laluan di lereng bukit berhampiran.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required