Bermaz telah mengumumkan Mazda CX-80 bakal dipertontonkan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) minggu ini, di samping adiknya yang lebih kecil, CX-60. Kedua-dua SUV lima- dan tujuh-tempat duduk ini dijangka mampu memberikan persaingan sengit buat dua jenama premium masing-masing seperti BMW X3 dan juga Mercedes-Benz GLE.
Memandangkan permintaan yang semakin meningkat terhadap segmen SUV eksekutif, tidak mengejutkan Bermaz membuat keputusan untuk mempamerkan CX-80 menerusi pameran berkenaan. SUV ini dijangka akan ditawarkan dengan tiga barisan tempat duduk, menjadikannya salah satu daripada beberapa pilihan tujuh-tempat duduk di pasaran tempatan.
Berukuran 4,995 mm panjang, 1,890 mm lebar dan 1,710 mm tinggi, CX-80 adalah 250 mm lebih panjang dan and 24 mm lebih tinggi berbanding CX-60, sementara jarak rodanya mencecah 3,120 mm juga lebih panjang sebanyak 250 mm. Jika dibandingkan dengan GLE, model SUV Jepun ini adalah 71 mm lebih panjang, 120 mm lebih sempit dan 87 mm lebih rendah, tetapi jarak rodanya 125 mm lebih panjang.
Regangan jarak roda yang besar itu memberikan rupa SUV ini kelihatan ‘kurus’, cuma bahagian belakangnya terlihat agak besar. Dengan pacuan roda-belakang, kebanyakan rekabentuk CX-80 mirip dengan CX-60, termasuk reka bentuk lampu hadapan dan lampu belakangnya, gril dilingkari krom yang besar dan fender hadapannya yang menyerlah. Manakala tingkap belakangnya juga lebih besar memberikan pandangan yang lebih luas untuk penumpang yang duduk di barisan ketiga.
Ruang dalamanya juga lebih besar, juga seperti CX-60, dengan papan pemuka berbentuk ala-sapa, konsol tengah yang lebar dan banyak material sentuhan lembut di segenap ruang. Ciri tipikal Mazda juga kelihatan termasuk paparan instrumen digital, skrin sesentuh infotainmen 12.3-inci, ketersambungan tanpa wayar bagi Apple CarPlay dan Android Auto, paparan utama dan sistem bunyi Bose bersama 12-pembesar suara.
Turut diberikan sebagai pilihan ialah bentangan enam-tempat duduk dengan bangku kapten pada barisan kedua, tirai tingkap sisi untuk tempat duduk belakang dan bumbung suria kaca panoramik. Mazda mendakwa SUV ini memiliki ruang but berkapasiti 687 liter dengan tempat duduk barisan ketiga dibaringkan (258 liter jika ia ditegakkan) dan mencecah 1,971 liter sekiranya kedua-dua barisan tempat duduk belakang dibaringkan. Kelengkapan bantuan pemanduan i-Activsence turut diberikan, termasuk brek kecemasan autonomous hadapan dan belakang, kawalan kelajuan adaptif dengan fungsi stop and go dan bantuan pemusatan lorong.
Di peringkat global, CX-80 ditawarkan dengan beberapa pilihan. enjin, termasuk 3.3 liter hibrid ringkas pengecas turbo enam-silinder sebaris petrol 284 PS/450 Nm, 3.3 litr turbodiesel enam-silinder 231 PS/500 Nm dan hibrid ringkas 254 PS/550 Nm. Kesemuanya didatangkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan dan sama ada pacuan roda-belakang atau pun semua-roda.
Ia juga ada ditawarkan dengan versi plug-in hybrid yang dijanakan enjin 2.5 liter naturally-aspirated empat-silinder 192 PS/261 Nm dan motor elektrik 175 PS/270 Nm dengan keseluruhan kuasa cecah 328 PS dan tork 500 Nm, bersama bateri 17.8 kWh yang membolehkannya mencapai jarak gerak hingga 60 km. Model PHEV ini juga dikhabarkan bakal memasuki pasaran Malaysia, dan pastinya cukai jalannya lebih rendah berbanding versi enjin 3.3 liter.
Selain CX-80, Bermaz juga akan mempertontonkan CX-60 dan CX-5 MS Limited Edition (MS membawakan maksud Mazdaspeed). Untuk CX-60, buat masa ini Bermaz belum memaklumkan pilihan enjin yang bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan. Namun SUV bentangan membujur enjin hadapan dengan pacuan roda-belakang. Bagi dimensinya, ia berukuran 4,740-4,745 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak rodanya mencecah 2,870 mm.
Manakala bagi CX-5 MS Limited Edition, dimaklumkan ia akan didatangkan dengan ciri yang lebih estetika bagi luaran atau kit badannya, bersama naiktaraf pemanduan yang lebih dinamik. Untuk perincian penuh, kena nantikan KLIMS 2024 membuka tirainya minggu ini.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.