Seorang pemandu sebuah kereta ditahan selepas dikesan memandu dalam keadaan berbahaya dengan mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
“Pada 2 Disember 2024, terkesan satu klip video di laman sosial yang memaparkan sebuah kereta Honda Civic dan motosikal Yamaha MT-15 yang mengekori sebuah ambulans di KM15 Lebuhraya Persekutuan hala ke Klang. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4.40 petang Ahad lalu semasa sebuah ambulans sedang melalui KM 15 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, telah diekori oleh kedua-dua kenderaan berkenaan dalam keadaan yang membahayakan ambulans tersebut serta pengguna jalan raya yang lain.
“Seorang lelaki berumur 28 tahun disyaki pemandu kereta terbabit telah ditahan manakala usaha untuk mengesan penunggang motosikal sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987. Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul bin Zamri di talian (019-3229097),” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati orag ramai agar sentiasa memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori belakang kenderaan tersebut kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yg lain.
“Pihak polis juga meminta pengguna jalan raya yg lain agar sentiasa bekerjasama dan memberikan maklumat kepada pihak polis jika mengesan sebarang kejadian sedemikian,” tambahnya lagi.
@gpmambulance Jenis manusia pentingkn diri, ikut belakang ambulans… dalam masa yang sama membahayakan pegguna jalan raya yg lain 😮💨😮💨 Lokasi Lebuhraya Perseketuan Shah Alam Menghala Klang (01 December 2024 @ 1715Hrs) #fyp #fypage #fypagetiktok #beritaditiktok #videoviral #pdrm #trafik #ambulans #ambulancedriver #ambulanceswasta ♬ เสียงต้นฉบับ – เอก. อนุภาพ 🎬. 📌
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Nampak macam penunggang motor tu pedajal si ‘H’ tu. Hihihi