Waze kini boleh tunjuk lokasi pengecas EV di Malaysia

Mac lalu Waze telah mengumumkan bahawa ia telah menambah pilihan untuk memaparkan lokasi pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam aplikasi navigasi tersebut, namun Malaysia tidak tersenarai dalam negara yang menerima fungsi berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda periksa aplikasi tersebut dalam peranti mudah alih anda sekarang, fungsi itu nampaknya sudahpun boleh digunakan.

Perkara ini dilaporkan oleh The Star yang menyatakan walaupun ia sudah boleh digunakan, sehingga kini Malaysia belum lagi dimasukkan dalam senarai negara yang menerima fungsi berkenaan dalam laman rasmi Google.

Untuk menggunakannya, anda perlu membuat tetapan dalam aplikasi itu. Ia boleh dibuat dengan masuk ke menu tetapan, dan kemudian cari bahagian “Driving Preference”, kemudian klik pada “Vehicle details”. Di situ ada pilihan bagi membolehkan anda menambah EV sebagai kenderaan yang digunakan.

Pengguna kemudiannya boleh memilih penyambung pengecasan yang sesuai untuk kenderaan mereka daripada senarai tujuh jenis pengecas berbeza, yang kemudiannya akan digunakan untuk memberikan pengguna lokasi stesen pengecasan yang sesuai dengan jenis kenderaan tersebut.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, data lokasi stesen pengecasan tersebut akan dikemas kini oleh Map Editor tempatan dalam Komuniti Waze. Buat masa sekarang mungkin ramai dari kalangan pengguna EV mencari lokasi pengecasan yang sesuai melalui aplikasi pengecasan khusus atau PlugShare. Dengan adanya fungsi baharu ini, ia mungkin akan memudahkan pengguna yang lebih suka menggunakan aplikasi navigasi berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required