Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

Selepas sesi preview bersama media bulan lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan secara rasmi SUV segmen B Nissan Kicks 2024 untuk pasaran tempatan. Ditawarkan dalan dua varian, VL dan VLT (dengan pilihan warna dua-tona bumbung hitam), masing-masing dijual dengan harga RM113,800 dan RM121,800 (dengan versi dua-tona RM125,800).

Nissan Kicks dilengkapi dengan enjin HR12DE 1.2 liter NA tiga-silinder yang menjana sebanyak 82 PS/103 Nm. Namun, kuasa enjin ini tidak menggerakkan roda, sebaliknya hanya bertindak sebagai generator untuk mengecas bateri berkapasiti 2.06 kWh yang akan menyalurkan kuasa kepada motor elektrik, yang kemudiannya akan menggerakkan roda.

Walaupun ini merupakan Nissan Kicks generasi pertama yang sudah agak lama berada dalam pasaran global, ia kini dilengkapi dengan teknologi e-Power generasi kedua yang lebih cekap. Bateri untuk e-Power generasi kedua ini juga lebih besar kapasitinya, meningkat dari 1.57 kWh kepada 2.06 kWh, dengan jumlah sel bateri juga bertambah dari 80 sel kepada 96 sel.

Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

Semua ini membolehkan Nissan Kicks menjana sebanyak 129 PS kuasa dan 280 Nm tork. Selain itu, ia dilengkapi dengan tangki minyak 41 liter. Sistem janaan e-Power ini memberikan kadar penggunaan bahan api 21.7 km/l (NEDC) dan boleh memberikan jarak perjalanan sehingga 900 km dengan satu tangki penuh petrol.

Wajah depan Kicks didominasi oleh gril besar hitam berkilat V-Motion, lampu utama LED automatik dengan ciri Follow Me Home, lampu kabus di sudut bampar serta cermin sisi lipatan elektrik automatik.

Di belakang ia menampilkan lampu LED terhubung di tengah, kesan bumbung terapung, landasan bumbung serta penggunaan rim 17-inci. Satu perkara yang menarik, walaupun Kicks ini nampak kecil dari luar, ruang dalamannya agak luas, terutama untuk ruang barangan. Ia menyediakan kapasiti seluas 423 liter, dengan bukaan yang luas serta tinggi.

Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

Bagi ruang dalaman varian paling tinggi, skim dua-tona warna diberikan, dengan permukaan sentuhan lembut di beberapa bahagian seperti papan pemuka dan juga perehat lengan tepi pintu. Kluster meternya juga ringkas, bersaiz tujuh-inci dengan meter analog sebelah kanan, sementara di sebelah kiri ada paparan digital yang boleh memaparkan pilihan 10 paparan maklumat berbeza berkaitan sistem dan pemanduan semasa.

Di tengah ialah skrin sentuh lapan-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto sambungan wayar. Ia juga akan memaparkan visual bagi kamera 360-darjah. Satu lagi rekaan menarik yang unik ditampil oleh Kicks ialah rekaan tombol gearnya di konsol tengah. Ia kecil dan kelihatan kemas, seperti yang biasa dilihat ada untuk EV. Berdekatannya dengannya juga terletak semua tuil pemilik berkaitan pemanduan, antaranya butang untuk mod pemanduan dan juga untuk mod EV.

Tidak ketinggalan, untuk pasaran Malaysia, ciri Intelligent Rear View Mirror ada disertakan. Ciri ini akan memaparkan visual di belakang kenderaan melalui kamera di cermin belakang untuk memudahkan lagi penglihatan pemandu sekiranyan ruangan dalam kabin dipenuhi barangan atau penumpang. Kerusi depan pula menggunakan pendekatan Zero Gravity untuk mengurangkan kepenatan dalam perjalanan, tetapi kerusi belakang pula dengan rekaan bench yang rata dan penyandar yang agak tegak.

Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

Bagi aspek keselamatan, Kicks di Malaysia juga akan dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility, yang terdiri daripada sembilan fungsi keselamatan termasuk Intelligent Driver Alertness (IDA), Intelligent Cruise Control (ICC), Intelligent Trace Control (ITC), Intelligent Forward Collision Warning dengan Intelligent Emergency Braking (IFCW + IEB), Intelligent Around View Monitor dengan Moving Object Detection (IAVM + MOD), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Blind Spot Warning (BSW), Hill Start Assist (HSA) dan Intelligent Rear View Mirror (IRVM). Selain itu, Kicks juga dilengkapi dengan tujuh beg udara.

Kicks didatangkan dengan jaminan lima-tahun/100,000 km serta jaminan lapan-tahun/160,000 km bagi komponen e-Power (melibatkan bateri lithium-ion, inverter, motor elektrik dan unit kawalan e-Power). Khusus sempena pelancaran rasminya, ETCM menawarkan rebat pengenalan sebanyak RM5,000 bagi 500 pembeli terawal serta lanjutan dua-tahun bagi komponen elektrifikasinya (menjadikan 10-tahun/160,000 km).

Untuk maklumat lanjut berkaitan Nissan Kicks 2024, sila rujuk laporan pandu ujinya.

Nissan Kicks VL 2024

Nissan Kicks VLT 2024

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required