Beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel dilanjutkan waktu operasi hingga 1 pagi pada 15 Dis 2024

Beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel dilanjutkan waktu operasi hingga 1 pagi pada 15 Dis 2024

Rapid KL telah mengumumkan bahawa waktu operasi bagi beberapa perkhidmatan trennya akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada 15 Disember 2024. Malah stesen pertukaran juga akan dibuka untuk membawa penumpang ke destinasi akhir mereka.

Ia adalah sempena dengan penganjuran konsert The Journey of Sound yang melibatkan dua bintang sensasi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika, yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka jam 8.30 malam pada 14 Disember 2024.

Menurut Rapid KL, stesen tren yang terlibat ialah Stesen LRT Hang Tuah, Stesen MRT Merdeka, Stesen LRT Plaza Rakyat dan Stesen Monorel Maharajalela

Bagi yang merancang untuk menonton konsert berkenaan, memang pilihan yang tepat untuk menaiki LRT, MRT atau Monorel. Walau bagaimana pun, para penumpang diminta menggunakan kad Touch ‘n Go, dan memastikan baki kad anda mencukupi untuk kelancaran perjalanan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required