Peugeot 2008 2024 diberi diskaun RM13.5k; RM119,888

Peugeot 2008 2024 diberi diskaun RM13.5k; RM119,888

Selain rebat bernilai RM40,000 yang diberikan untuk Peugeot 3008, Stellantis Malaysia kini turut menawarkan penjimatan kepada model yang lebih kecil, Peugeot 2008. SUV dalam segmen B ini diberikan potongan harga sebanyak RM13,500 bagi model tahun 2024, mengurangkan harganya kepada RM119,888.

Promosi ini adalah sebahagian daripada Extravaganza Hujung Tahun yang dianjurkan, berlangsung hingga 31 Disember ini. Tidak hanya itu: semua model Peugeot yang dibeli dalam tempoh sama akan menerima lanjutan jaminan tujuh-tahun/200,000 km (jaminan biasa hanya lima-tahun/150,000 km). Ini juga peluang terakhir untuk pelanggan menerima servis percuma lima-tahun yang ditawarkan sejak September lalu.

Dilancarkan pada 2022, Peugeot 2008 menampilkan rekaan crossover kompak yang bergaya, dengan perincian seperti lampu utama rekaan “tiga cakaran”, permukaan bersegi yang menarik, garis tingkap yang tinggi serta tiang-C hitam untuk menampakkan ciri bumbung terapung.

Peugeot 2008 2024 diberi diskaun RM13.5k; RM119,888

Di dalam, i-Cockpit dengan papan pemuka keliling dua-tingkat dengan panel instrumen kesan 3D. Selain itu, fungsi Apple CarPlay dan Android Auto datang sebagai standard, sama juga seperti ciri AEB, bantuan mengekalkan lorong dan peninjau titik buta.

2008 menggunakan enjin 1.2 liter PureTech turbo tiga-silinder petrol sebagai penjana kuasa tunggal yang ditawarkan, dengan kuasa 130 PS pada takat 5,500 rpm dan tork 230 Nm pada takat 1,750 rpm — lebih 20 hp dan 25 Nm berbanding model lama. Ini dipadankan pula dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang membolehkan kereta ini mencapai laju maksimum 199 km/j dengan kadar penggunaan minyak 4.5 liter per 100 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required