20 jenama kereta paling laris di Malaysia pada 2024 — Perodua mendahului, diikuti oleh Proton dan Toyota

20 jenama kereta paling laris di Malaysia pada 2024 — Perodua mendahului, diikuti oleh Proton dan Toyota

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan data pendaftaran terkini bagi tahun 2024. Jadi, jenama mana yang berada di 20 tangga paling laris untuk pasaran Malaysia?

Seperti tahun-tahun yang lalu, Perodua mendahului di depan dengan pendaftaran keseluruhan sebanyak 358,100 unit. Sejak Januari 2024 lagi Perodua telah mencatatkan jualan tertinggi dengan angka 29,680 unit. Sebelas bulan berikutnya pula syarikat itu menjual purata 29,000 unit kenderaan sebulan.

Proton pula berada di tempat kedua dengan 147,587 unit didaftarkan sepanjang tahun lalu. Secara puratanya, Proton menjual sebanyak 12,000 kenderaan sebulan sepanjang tahun lalu kecuali pada bulan April, Jun, September dan November yang menyaksikan sekitar 10,000 hingga 11,000 unit yang dijual.

Jenama ketika yang berjaya melepasi angka pendaftara 100,000 unit sepanjang tahun lalu pula ialah Toyota, dengan 127,202 unit pendaftaran. Tempat keempat pula diduduki oleh Honda dengan 85,273 unit. Perlu diingat, Toyota turut menjual trak pikap Hilux, yang menyaksikan 26,738 unit didaftarkan — sekiranya membandingkan hanya kenderaan penumpang sahaja, jurang antara kedua-dua jenama Jepun ini sangat tipis. Selebihnya, jenama-jenama yang ada mencatatkan jualan kurang daripada 20,000 unit.

20 jenama kereta paling laris di Malaysia pada 2024 — Perodua mendahului, diikuti oleh Proton dan Toyota

Chery berjaya mengatasi Mitsubishi (16,188 unit) dan Mazda (14,790 unit) dengan pendaftaran sebanyak 19,687 unit. Bagi Mercedes-Benz pula, ia mengatasi BMW dengan angka 11,876 unit berbanding 10,259 unit.

Berada di tangga terakhir 10 jenama paling atas ialah BYD yang ketika ini hanya menjual kereta elektrik sahaja. Walaupun tidak melepasi angka 10,000 unit, 8,570 pendaftaran yang direkodkan itu berjaya mengatasi jenama Jepun seperti Nissan (7,316 unit), Isuzu (6,847 unit) dan malahan Lexus (6,431 unit).

Kedudukan keempat belas diisi oleh Ford yang hanya menjual dua model, Ranger dan Everest, dengan pendaftaran sebanyak 6,202 unit. Satu lagi jenama yang hanya menjual dua model juga ialah Tesla di kedudukan ke-15 dengan 5,137 unit.

Pendaftaran di bawah 3,000 unit pula meyaksikan Porsche yang mencatatkan 2,704 pendaftaran dan mengisi kedudukan ke-16. Ini diikuti oleh MINI (2,272 unit) dan Great Wall Motor (2,128 unit). Dua lagi jenama yang tersenarai tidak melepasi angka 2,000 pendaftaran, yang masing-masing menduduki tempat ke-19 dan 20 — Volvo (1,964 unit) dan Volkswagen (1,822 unit).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required