Denza D9 dibuka untuk tempahan di M’sia — hingga 374 PS, jarak 520 km; harga mula bawah RM300k?

Denza D9 dibuka untuk tempahan di M’sia — hingga 374 PS, jarak 520 km; harga mula bawah RM300k?

Sehari selepas mengumumkan pembukaan peluang pekerjaan di cawangannya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, Denza Sime Darby Motors kini mengumumkan pula mula mengambil tempahan bagi model MPV elektrik Denza D9. Ini selari dengan rancangan untuk memperkenalkan jenama premium BYD di pasaran Malaysia pada suku pertama. Ini juga menjadi petunjuk yang model berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Denza D9 merupakan sebuah MPV elektrik mewah yang bakal menjadi pesaing Toyota Alphard dan Vellfire, serta Zeekr 009. Ia mempunyai dimensi ukuran 5,250 mm panjang, 1,950 mm lebar dan 1,920 mm tinggi dengan jarak roda 3,110 mm. Ini lebih panjang, tinggi dan kurang lebar berbanding 009, dengan jarak roda D9 100 mm lebih pendek — kedua-duanya lebih pendek berbanding dua model Toyota itu yang mempunyai panjang sekitar lima meter.

Di China, D9 ditawarkan sebagai EV dan juga plug-in hybrid: tetapi untuk pasaran luar, hanya model elektrik yang dijual, dan Malaysia juga akan menerima model tersebut. Dua varian ditawarkan di pasaran lain, pertama ialah model pacuan roda depan dengan output 313 PS (230 kW) dan 360 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat.

Versi kedua, dengan pacuan semua roda menerima tambahan motor di belakang dengan janaan 374 PS (275 kW) and 470 Nm dan 2.5 saat lebih pantas untuk pecutan 0-100 km/j dengan 6.9 saat.

Kedua-dua model dilengkapi dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) 103 kWh Blade yang memberikan jarak WLTP 520 km untuk model asas, dan 480 km untuk AWD. MPV ini menerima pengecasan pantas hingga 166 kW DC dan juga 11 kW bagi AC. D9 juga dilengkapi dengan DiSus-C Intelligent Damping Body Control System oleh BYD, yang merupakan ciri penyerap hentak adaptif.

Denza D9 dibuka untuk tempahan di M’sia — hingga 374 PS, jarak 520 km; harga mula bawah RM300k?

Spesifikasi untuk pasaran Malaysia mungkin menyerupai yang ada di pasaran Thailand — lengkap dengan paparan instrumen digital 10.25-inci, skrin sentuh infotainmen 15.6-inci, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kerusi kapten di barisan kedua dengan larasan kuasa dengan penyokong lumbar serta fungsi liang dan urut, tiga pengecas tanpa wayar Qi 50-watt di depan dan barisan kedua, dan sistem bunyi Dynaudio dengan 14-pembesar suara.

Belum ada sebarang petunjuk tentang harga untuk pasaran Malaysia, namun ia dijangka tidak akan lari jauh dari harga di Thailand. Harga promosi di Thailand bagi versi Premium ialah 1,999,900 baht (RM262,700), manakala versi Performance AWD dengan harga 2,699,900 baht (RM354,700) hingga hujung bulan ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required