MAA mahukan lebih insentif untuk kenderaan hibrid

MAA mahukan lebih insentif untuk kenderaan hibrid

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) akan terus berhubungan dengan kerajaan berkenaan insentif kenderaan hibrid. Ini adalah demi menyokong sasaran kerajaan untuk menjadikan jualan kenderaan dengan kuasa elektrik (xEV), yang termasuk hibrid dan elektrik bateri (BEV) sebanyak 50% daripada jualan keseluruhan kenderaan baru menjelang tahun 2040.

“Setakat yang MAA tahu, kami mahu terus mendorong keperluan kenderaan hibrid kepada kerajaan untuk diambil kira,” kata presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain dalam satu sidang bersama media.

“Jika anda ingat, pada tahun 2014 semasa kami baru memperkenalkan hibrid (pemasangan tempatan), permintaan naik secara mendadak dan selepas dua tahun, ia kembali turun semula. Demi memastikan industri kita terus berkembang, momentum itu sepatutnya lebih panjang kerana di situlah pasaran kita dapat menjadi lebih bermakna, sebelum sebarang pelaburan diambil kira. Jadi, lonjakan jumlah dalam masa pendek adalah sukar bagi mana-mana syarikat untuk merancang pengembangan pengeluaran jangka masa panjang,” kata beliau.

Lebih satu dekad yang lalu, kerajaan menghentikan insentif cukai untuk kenderaan hibrid dan BEV import penuh sebagai sebahagian daripada langkah dalam Polisi Automotif Negara 2014. Walaubagaimanapun, EV dan hibrid yang dipasang dalam negara (CKD) masih dapat menikmati pengecualian cukai sehingga 31 Disember 2017.

MAA mahukan lebih insentif untuk kenderaan hibrid

Pada tahun 2014, MAA sudah pun menggesa supaya pengecualian cukai dilanjutkan untuk kenderaan elektrifikasi CKD, dan ini menyaksikan pengenalan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), iaitu satu program yang memberikan insentif khas kepada pengeluar yang memasang dalam negara kenderaan yang memenuhi spesifikasi tertentu berkenaan tahap emisi karbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100 km).

Program EEV ini memberi kesan kepada harga kenderaan CKD, termasuk hibrid, tetapi tidak sehingga seperti waktu pengecualian cukai sebelum ini. Dalam masa terdekat ini, MAA mencadangkan insentif baru untuk semua jenis xEV, termasuk hibrid, dan bukan sahaja BEV.

Melihat kepada data, jualan kenderaan hibrid meningkat daripada 7,875 unit pada tahun 2021 kepada 19,988 unit pada tahun 2022 dan 28,055 unit pada 2023. Tahun lepas ia meningkat hampir 10% menjadi 30,796 unit, dan menjadi penyumbang 67% daripada jualan keseluruhan xEV di Malaysia (BEV 14,766 unit). MAA juga menjangkakan permintaan lebih kuat untuk kenderaan elektrifikasi dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON 95.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required