Proton eMas 7 – pengeluaran ditambah 3,000 unit lagi

Proton eMas 7 – pengeluaran ditambah 3,000 unit lagi

Proton menambah jumlah pengeluaran SUV EV eMas 7 sebanyak 3,000 unit lagi bagi memenuhi permintaan pasaran, seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah memberitahu, sebelum ini syarikat mensasarkan tempahan 3,000 tempahan dalam masa enam bulan, tetapi dalam masa sebulan sahaja ia sudah dicapai.

“Permintaan sedang meningkat, menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kenderaan EV. Saya yakin dalam masa tiga ke empat tahun lagi, orang akan berebut-rebut untuk menggunakan EV dan pergi jauh daripada membeli kenderaan petrol atau diesel,” kata beliau dalam satu sidang media semasa pelancaran pusat pameran EV Proton di Wakaf Siku, Kota Bharu semalam.

“Harga (eMas 7) tidak jauh beza berbanding Proton X50 atau X70. Apa yang lebih penting adalah peralihan negara ke arah mobiliti sifar karbon,” kata Roslan sambil menambah bahawa EV ini mensasarkan mereka yang berminat dengan teknologi terkini.

Buat masa ini, EV pertama daripada Proton tersebut diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan ditawarkan dengan rebat pengenalan RM4,000, bersama pakej istimewa bernilai RM8,000 untuk 6,000 pelanggan pertama (jumlah ditambah lagi kerana sebelum ini hanya untuk 3,000 unit pertama).

Pakej istimewa tersebut termasuk pengecas rumah 7 kW percuma, adaptor sistem V2L percuma, kadar faedah serendah 1.98% melalui Proton Commerce, pakej data internet tanpa had untuk lima-tahun dan rebat tukar beli RM1,200.

Melalui rebat RM4,000 yang diberi, harga varian Prime menjadi RM105,800 manakala varian Premium pula RM119,800. Kedua-duanya dipacu oleh motor elektrik tunggal 218 PS dan 320 Nm tetapi Prime mendapat bateri 49.52 kWh dan jarak gerak WLTP 345 km, sementara Premium menggunakan bateri 60.22 kWh dan jarak gerak 410 km.

Proton memberikan perlindungan waranti kenderaan selama enam-tahun tanpa had perbatuan dan juga waranti untuk bateri dan komponen-komponen terlibat selama lapan-tahun atau 160,000km untuk eMas 7.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required