Geely EX5 dilancar di Indonesia – kembar Proton eMas 7 akan dipasang di Bekasi, bermula suku kedua 2025

Geely EX5 dilancar di Indonesia – kembar Proton eMas 7 akan dipasang di Bekasi, bermula suku kedua 2025

Geely kembali memasuki pasaran Indonesia dengan melancarkan SUV elektrik EX5, yang mana adalah kembar kepada Proton eMas 7. Model ini juga sudah dilancarkan di Thailand, sama sebagai Geely EX5.

Untuk pasaran Indonesia, SUV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu EX5 Max dan EX5 Pro. Harga bagaimanapun masih belum diberitahu, dan akan diumum sewaktu Indonesia International Motor Show 2025 (IIMS 2025) Februari nanti.

Turut diumumkan adalah Geely EX5 ini akan dikeluarkan dari kilang baru PT Handal Indonesia Motor (HIM) di Bekasi, Jawa Barat, dan pengeluaran akan bermula suku kedua tahun ini. Langkah lain yang akan diambil bersempena kemasukan semula Geely ke negara ini adalah penubuhan rangkaian jualan dan servis sehingga 100 pengedar dalam masa tiga tahun.

Melihat kepada garis masa pemasangan di Indonesia ini, ia menunjukkan model tersebut akan keluar dahulu dari kilang di Bekasi berbanding eMas 7 pemasangan tempatan (CKD) kerana rancangan CKD di Malaysia masih belum diumumkan. Buat masa ini, eMas 7 diimport sepenuhnya dari China. Satu lagi perkara yang diberitahu, EX5 pasaran Indonesia akan menerima sistem infotainmen yang dikuasakan oleh OS Flyme Auto yang menawarkan fungsi kawalan suara “Halo Geely” yang boleh menggunakan Bahasa Indonesia.

Sebagai versi global untuk Galaxy E5, EX5 ini akan mendapat penggerak yang sama, iaitu motor hadapan tunggal yang mampu menghasilkan 218 PS dan 320 Nm, dan memberikan masa pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat.

Geely EX5 datang dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) yang ditawarkan dalam dua saiz; bateri 49.52 kWh mmeberikan jarak gerak 345 km, manakala bateri 60.22 kWh mampu memberikan sehingga 410 km dengan sekali cas penuh. Jumlah ini adalah mengikut standard ujian WLTP.

GALERI: Proton eMas 7 Premium 2025

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required