Biar pun perayaan Tahun Baharu Cina (CNY) sudah berlalu, namun kemeriahannya masih dirasai. Atas kesempatan itu, Honda Malaysia menawarkan promosi CNY dengan tema ‘Ang Pow of Fortune’ untuk sepanjang bulan Februari 2025.
Dengan menawarkan diskaun sehingga RM8,000, anda boleh memilih sama ada kereta dari stok 2024 atau ‘yang baru keluar kilang’ iaitu buatan tahun 2025. Kedua-duanya diberikan diskaun dan penawaran hebat yang menarik perhatian. Walau bagaimana pun, tawaran yang paling menggiurkan sudah pastilah melibatkan kereta stok tahun lalu dan semua model CKD termasuk dalam promosi ini, kecuali Civic facelift yang baru dilancarkan.
Bagi stok 2024, ditawarkan City sedan untuk varian S dan RS dengan diskaun sebanyak RM6,000, sementara City Hatchback pula dengan potongan sejumlah RM8,000 untuk dua varian paling bawah iaitu S dan E. Bagi varian V, RS dan RS Hybrid pula diberikan diskaun RM6,000. Manakala barisan WR-V diberikan diskaun dari RM5,000 (S) hingga RM8,000 (E, V, RS).
Bagi barisan HR-V pula, ia diberikan diskaun sebanyak RM5,000 untuk varian asas S janaan-NA, RM6,000 untuk RS hybrid dan RM8,000 bagi varian pengecas turbo E. Untuk CR-V, diskaun sebanyak RM8,000 ditawarkan untuk semua varian.
Jika anda mahukan kereta buatan tahun 2025, diskaun sebanyak RM2,000 diberikan untuk City S dan RS Hybrid atau RM5,000 bagi varian E, V dan RS petrol atau RM3,000 untuk V dan RS petrol bagi City Hatchback. Untuk HR-V pula, diskaun RM5,000 diberikan untuk semua varian kecuali E yang menerima potongan sebanyak RM1,000 sahaja. Bagi CR-V pula, ia ditawarkan diskaun sebanyak RM1,000 (S, RS) atau RM3,000 (E, V).
Sebagai tambahan kepada rebat tunai, mereka yang mendaftar City Sedan atau City Hatchback bulan ini akan mendapat bonus servis percuma selama setahun. Kesemua diskaun yang ditawarkan ini adalah untuk kenderaan yang didaftarkan dari sekarang hingga 28 Februari 2025.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.